Cinta Untuk Nabila

Kecoh bila kisah 23 orang remaja hilang dek disorok hantu tetek kat Villa Nabila kat Danga Bay, Johor. Keh-main hantu tetek tu sorok sampai 23 orang. Tak agak-agak. Anyway cut story short, despite report cakap 23 orang hilang, 22 ditemui, dan sorang hilang. Setelah satu Malaysia kena troll dan traffic jam kat area Danga Bay tu, barulah budak tu dijumpai kat sebuah rumah di area Bandar Datuk Onn. Difahamkan, selepas diaorang ni melepak dengan Nabila Huda, eh Villa Nabila, yang sorang ni tak terus balik, tapi menyinggah kat rumah kawan dia.

Kau rasa wajar tak kita adakan program tempeleng beramai-ramai budak ni? Kau rasa? 

First of all wahai pewaris harapan bangsa, banyak tempat lain yang boleh korang pergi. Kat sebelah tu ada Masjid Sultan Abu Bakar. Tak naklah jadi cliche bagi contoh nak buat baik je kena pergi masjid. Tak. Masjid tu sangat cantik dan antara memang warisan jugak kalau tengok seni bina dia. Silap hari bulan korang kene sorok oleh Rahim Allah. Alangkah bermaknanya daripada disorok hantu tetek. Kan?

Selain tu, antara penyebab kenapa anak-anak warisan harta negara ni pergi jumpa Nabila Huda, kesan daripada filem Highland Tower. Marilah sama-sama kita ucapkan syukur anak-anak kita ni tak terpengaruh dengan filem KL Gangster 2 ataupun Basic Instinct. Masyallah. 

Secara halusnya, korang nampak tak masalah terbesar orang Melayu kita? Orang-orang kita memang sangat sukalah benda-benda mistik ni. Walaupun tak pernah ‘bertemu’ dengan entiti tu, namun tahap keyakinan orang kita sangat tinggi, melebihi segala-gala. Kadang-kadang sampai takutkan hantu lebih daripada Tuhan. Setuju? 

Benda ni terlalu sensasi disebabkan dari kecik kita dimomokan dan dibesarkan dengan suatu kepercayaan bahawa hantu-hantu tu mampu mengacau bilaukan kehidupan kita dan kita wajib takut dengan mereka. Ambil contoh, masa kita kecik, kalau masih lagi tak balik bila dah Maghrib, mak kita akan buat cerita yang hantu tetek akan sorok kita kalau lambat balik. Kau nampak tak kesalahannya kat situ? Sepatutnya masa kecik ni lah kita nak didik dengan perkara yang rasional, bukan hantu tetek nak sorok, tapi nanti Tuhan murka kau lewatkan solat Maghrib.

Jadi kita membesar dan kita takut kepada suatu perkara yang tak pasti dan sampai ke hari ni, elemen hantu tu sangat kuat dalam masyarakat kita. Tak menafikan kewujudan mereka ni, tapi biarlah mereka hidup dalam sistem yang Tuhan dah cipta untuk mereka. Tak perlulah kita nak kacau. Mereka dengan cara mereka. Senang citer, kalau kau main terjah je rumah jiran kau, diaorang ada hak nak belasah kau. Same case here.

Kisah Troll terhebat Villa Nabila ni hanya menampak kelemahan masyarakat kita dari segi perkembangan minda. Masih terkepung diantara fantasi Puteri Gunung Ledang dan fakta Sulatus Salatin. Mohon kita ambil pelajaran dari kisah yang agak memalukan ini. 

Dan jangan risau, Mastika bulan depan pasti akan membongkar kisah sebenar Villa Nabila. Dapatkan segera.

Image

ImageImage

 

Leave a comment