Iftar 2009 Siri I

Owh…sesuatu yang amat dinantikan menjelang bulan Ramadhan, berbuka secara berjemaah dengan teman-teman sama ada di restoran-restoran ataupun di hotel-hotel (biasanya mendapat jemputan). Kalau tahun lepas ada beberapa siri berbuka puasa yang aku pergi, but this year I’m still counting and waiting if there’s any invitation that might slip into my email. Setakat ni yang paling hampir 12hb ni, pergi berbuka di Restoran Puteri dengan Ashraff, yang lain-lain tak pasti lagi. Macam tak meriah je tahun ni. Rezeki kurang kot?

Last week, sekali lagi pergi Restoran Nelayan macam tahun lepas, Cuma kuantitinya semakin bertambah. Almaklumla, tahun lepas masih teruna, tahun ni dah jadi suami orang. Lagi meriah tahun ni…hampir semua orang CAIRO join iftar kali ni. Walaupun aku ni hanyalah bekas arcopal CAIRO saje, tapi aku takkan lepaskan peluang get re-united with them back even just for 2 hours. Apalagi dapat jumpa Kaka Honey Madu yang semakin bergetah. Sibuk mendukung anak si Peyo, apa lagi kene perli laaa…”Hai Kak Ani, tak teringin nak tambah anak ke??” Idea gila! Hahaha

Kak Siti Hajar pun dah berbadan dua. Kak Su? Isteri Afifi? Entah….masih tak pasti dan tiada khabar berita. Lepas juga rindu pada pasangan Take2Amir. Selepas selamat melahirkan Aqil, aku tak sempat jumpa Take (apatah lagi Aqil). Kembali kurus seperti di bulan Disember 2008. Tengah gigih ibu muda ni nak turunkan berat badan walhal aku tengok biasa-biasa aje. Biasalah…perempuan. Andai ada sesiapa yang mempunyai tips yang bagus, silalah berkongsi dengan empunya blog ini.

1

Haaa….perjalanan menuju ke restoran nelayan ni tersangatlah AZAB ye. Tidak dijangka hujan turun mencurah-curah membasahi bumi KL menyebabkan kesesakan trafik yang sangat-sangat teruk. Perjalanan yang sepatutnya hanya 40 minit menjadi 2 jam, tambah-tambah pulak bulan puasa. Tepat-tepat jam 705 aku tiba dengan selamatnya kat titiwangsa. Alhamdulillah, ingat dah berbuka dalam kereta tadi.

3

Makan kat sana, macam biasalah, steamboat. Dengan harga RM35 nett, bagi aku sangat berbaloi. Makanan sampingan dia pun best terutamanya pengat pisang dengan udang salut tepung. Aku bantai udang dan ketam dalam kuantiti yang …ermmm…haaaa…banyak ye haha. Kata buffet…bantai selagi larat. Dalam pukul 9, barulah kami beralah dan bergerak pulang.

Perjalanan pulang menyaksikan lebih daripada 5 kereta bergelimpangan di sepanjang Federal Highway…mintak-minta Allah jauhkan aku daripada mendapat kecelakaan sedemikian. Sabar itu separuh daripada Iman.

Anyway…thanks for having me even tho wer far apart! Bak kata Azwan, kita hanya dipisahkan dengan tol berharga RM1.10!

4

2

untuk gambar lanjut, sila ke laman FACEBOOK

Bacaan lanjut
Bukak Puasa Version 1
Bukak Puasa Version 2
Bukak Puasa Version 3
Bukak Puasa Version 4