Lagu Halal

Zaman sekarang muzik semuanya digital, CD pulak makin jarang dibeli unless korang jenis yang sentimental sambil dengar lagu, nak nyanyi sekali baca lirik. Lepas tu berangan jadi Taylor Swift masa on the way nak pergi kerja sambil terpekik-pekik nyanyi lagu “Love Story”. Pernah buat kan? kan?

Disebabkan digital juga, cara paling mudah nak dapatkan lagu-lagu tu dengan cara download aje kat mana-mana hosting yang simpan lagu tu. Zaman dulu rapidshare,mediafire,megaupload popular tapi zaman sekarang ni, rapidgator,upload,etc banyak digunakan untuk simpan bahan-bahan terlarang. Ataupun guna Torrent, walaupun TM dah mula block Torrent port. Terpulanglah, bergantung sejauh mana IT savvy korang tu.

Tapi kat mana sebenar-benarnya kita nak dapat semua lagu, lebih daripada 20 juta lagu, secara halal (legal) ? Haaa..20 juta tau. Lagu dari zaman P Ramlee pun ada sekali. Tak payah dah tercari-carik kat mana lagi nak download lagu lepas tu tak perlu risau ada virus tak kalau kita download-download benda illegal macam ni.

1. Spotify

spotify logo

Spotify ni guna kaedah ‘streaming’, macam korang tengok youtube. Bermaksud, perlu adanya talian internet kalau kita nak dengar lagu-lagu tu. Garu kepala korangkan sebab quota sebulan dapat 2G aje. Habislah quota aku pulak. Tak perlu risau, spotify ada fungsi ‘offline mode’, yang mana korang boleh download dan simpan dalam handphone korang lagu-lagu tu sampailah habis period subscription. Offline mode ni kalau takde internet pun, korang masih lagi boleh dengar. So boleh save bandwidth.

Selain tu, korang boleh share playlist dengan pengguna spotify yang lain. Salah satu cara, korang boleh add kawan-kawan korang di Facebook (yang juga pengguna spotify) dan mula share playlist. Dapat kawan macam aku, wajiblah lagu lagu Misha Omar dalam tu. Eh. Kalau korang stok stok urban, bolehlah follow playlist billboard top 100, yang mana setiap minggu dia akan berubah mengikut kedudukan carta terkini.

Ada juga fungsi “Radio” yang mana secara genius, spotify akan mainkan lagu-lagu secara random berdasarkan genre artis yang korang minat. Macam aku acah-acah minat kumpulan Metallica, so secara harfiahnya, lagu-lagu rock yang akan dimainkan, tak kiralah daripada group mana pun. So kalau korang minat Zaleha Hamid, secara pukul rata, lagu Amelina pasti akan diputarkan. Best tak? Best tak? Macam best je.

spotify

Bayaran Spotify

1. Jika korang download software Spotify di PC/Laptop, tiada bayaran dikenakan cuma bila korang dengar lagu tu, in between songs, akan ada iklan lah. Tiada fungsi offline pada versi PC/Laptop, maka kena ada internet sentiasa untuk dengar lagu.

2. Versi apps (android/ios/windows phone/blackberry), ada free trial selama 30 hari, dan seterusnya dikenakan bayaran RM 14.90 setiap bulan. Bagi aku sangat berbaloi. Dan sekarang pengguna Maxis dan Hotlink, hanya perlu banyak RM 10 untuk dapat Spotify Premium, siap dapat 150Mb percuma lagi.

spotify

Nah kau peminat-peminat P Ramlee!!

2. Deezer

deezer

Konsep Deezer ni sama macam Spotify, dari segi katalog lagu, lebih kurang sama cuma mungkin album-album terbaru akan dapat pada Spotify dulu dan 2-3 hari lepas tu baru Deezer. Fungsi-fungsi lain macam kongsi playlist, offline mode, radio semua ada.

Fungsi Radio pula, kalau korang feeling-feeling 90’s, korang just pilih station yang ada genre 90’s, so dia akan mainkan lagu dari zaman-zaman tu secara random. Biasanya yang top hit. Banyak genre yang ditawarkan, antaranya blues, alternative, gospel, pop, rock, dan macam-macam lagi.

Tapi istimewa siket Deezer, dia ada satu function yang memberikan album top hit berdasarkan genre dan region. Antara region dia ialah South East Asia dan ada sekali tu, ada album Asmidar, yang glamer dengan lagu biar sampai ke bintang. Hah, album yang kau tak kan beli tapi ada dalam Deezer. Untung ko midah!

deezer digi

Bayaran Deezer

1. Boleh dengar di laman http://www.deezer.com dan boleh dengar secara percuma, tapi hanya untuk 2 jam sebulan. Nak dengar lebih, kena subscribe RM 8.90 sebulan

2. Untuk versi apps (android/ios), bayaran pula RM 14.90 sebulan tapi kita dapat free selama 15 hari. Khas untuk pengguna DiGi, bayaran hanya RM8 sebulan dan kita akan dapat unlimited access kepada lebih 20 juta lagu! berbaloi-baloi hoi

deezer

Nah, korang dah ada pilihan untuk enjoy lagu-lagu secara halal. Ni cara paling mudah, selamat, dan yang penting murah.

Spotify vs Deezer?

SPOTIFY!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s