Jodoh Bukan Rahsia Tuhan

Fizo Omar Mawar

Bila ditebak soal cinta dan jodoh, kebanyakkan pemuda hensem (ewahhh) yang dah sampai umur 30 tahun ni, akan menggunakan jawapan ‘default’, yang semestinya klise. Jawapan yang pasti mengundang carutan makcik-makcik “jawapan artis sangat budak ni“. Memanglah jawapan artis sebab makcik orang yang 45 yang tanya soalan yang sama. Saya bukanlah genius untuk bagi 45 jawapan yang berlainan.

Cuba kita kaji secara rasional jawapan-jawapan klise ni :

1. “Belum jumpa jodoh lagi..” – Aiman, 31, Jurutera Awam.

Tiada jodoh atau tidak mencari. Atau dah puas mencari tapi teda jumpanya. Sosio budaya dan persekitaran sekarang dilihat terlalu banyak memberi “keselesaan” kepada bujang-bujang di luar untuk hidup sendiri tanpa perlu kebergantungan kepada mana-mana individu terutama mereka yang berjawatan tinggi dan mempunyai taraf hidup yang selesa. Komitmen dilihat bersifat mengongkong kebebasan mutlak yang mereka sudah kecapi. Mereka tidak mahu menambah beban kerja yang sedia ada dengan melayan karenah pasangan dirumah.

2.  “Saya trauma. 3 kali putus cinta, 1 kali putus tunang” – Ilham, 30, Auditor.

Ini Tragedi Oktober. Ini mungkin kes terlalu memilih atau pun dia bijak dalam membuat keputusan sebelum setuju untuk berkahwin. Menghadapi krisis-krisis sebegini bukanlah suatu yang mudah sebab ia berkaitan dengan hati dan perasaan.Recovery time untuk setiap individu berbeda dan biasanya, individu akan hilang kepercayaan kepada pasangan terutama yang baru dikenali. Proses mengembalikan keyakinan terhadap pasangan itu merupakan proses yang sukar. How lah you nak pastikan orang tu betul-betul Cinta ke Hujung Nyawa? Remember, this is not slot Akasia yang setelah 24 episod, semuanya  berakhir dengan kegembiraan. This is real.

3. “Saya banyak lagi tanggungjawab…” – Rizal, 29, Marketing

Ada beberapa faktor dalam keluarga yang mungkin Rizal perlu dahulukan seperia ibu bapa yang kurang sihat, adik beradik ramai yang masih kecil yang tak memungkinkan dia untuk fork out $30,000 untuk perkahwinan. Biasanya anak sulung bersifat begini yang lebih mengutamakan orang lain daripada diri sendiri. Tips: make sense to him dengan menyatakan perkahwinanmampu mengurangkan beban yang ditanggung. Mungkin bukan dari segi harta, tapi dari segi motivasi dan spiritual. Biasanya mudah menjinakkan merpati sulung ni. Go get them girls!

4. “Duit tak cukup lagi lah…” – Zaini, 33, Pegawai Komunikasi

THIS! Masalah utama kenapa semakin ramai lelaki membujang, dan semakin bertambah jumlah andartu. Dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan dan tak munasabah, lelaki menghadapi masalah untuk balance out their salary to cater for marriage. Ditambah pula dengan sosio budaya orang Melayu yang suka membanding-banding, tak mahu kalah dengan jiran dan saudara-saudara, majlis siapa paling hebat, memburukkan keadaan kaum lelaki. Statement ” tak ada duit, macam mana  nak jaga anak aku”. Ironinya makcik, kalau duit perkahwinan tu sendiri hasil duit pinjaman peribadi, sampai ke anak cucu kena menanggung hutang tu. Anak kesayangan makcik juga yang nak mengadap juga. Selain wang hantaran yang berskala langsung  dengan harga minyak dan kelulusan anak dara mereka, kos setiap perkahwinan juga tak pernah nak turun. Sekurang-kurangnya tak kurang $60,000 diperlukan untuk menzahirkan sebuah perkahwinan yang gemilang, selesa, dan tidak dicaci hingga 7 keturunan. Seharusnya, duit tak perlu jadi ukuran disebabkan kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) secara rohaninya, sudah bersedia membina suatu kehidupan. Walaupun fiziknya (dibaca:duit) tidak sempurna, seharusnya tidak menjadi halangan. Perlunya suatu kesefahaman diantara keluarga dalam membantu anak-anak ini meneruskan fitrah mereka.

5. “Saya malas nak ada komitmen” – Adil, 35, Pegawai Kerajaan

Hidup ini pun dah satu komitmen, iaitu dengan Tuhan. Merasakan pasangan hanya menyukarkan kehidupan mereka menyebabkan golongan ini merasakan ini jalan hidup terbaik. Duit ada, rumah ada, makan cukup, nak apa lagi. Selain itu meraka mungkin telah menjumpai kasih sayang secara sementara, yang ada bila diperlukan, tanpa perlu peningkan kepala. Kehidupan mereka ni biasanya pretty laid back, suka bersendiri, dan menerima kawan-kawan secara occasionally. Another figure dalam perjalanan hidup mereka bukan suatu keperluan dan menyusahkan. Tunggulah kau sakit nanti dan berumur 55 tahun.

6. ” Marriage isn’t for me” – Zaiful, 34, Domestic Relation Officer

Full stop. You know what i mean. Kan?

There you have it. The most common excuse when you’re being asked about marriage. Harus diingat, jodoh itu bukan rahsia Tuhan. Kamu sendiri yang harus tentukan dahulu, barulah kemudian serah pada Tuhan mengenai masa depan. Bukan hanya duduk di tepi suatu sudut dia dunia ni, dan mengharap turunnya bidadari dari langit untuk dijodohkan. Salah. Jangan suruh Tuhan buat kerja untuk kita. Buatlah yang terbaik dalam mencari kehidupan dan permudahkanlah sesuatu kebaikan itu.

                     Tahniah Fizo Omar dapat Mawar yang cantik tu. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s