M.A.M.A

MV5BMTM5MjIwNDAwMl5BMl5BanBnXkFtZTcwNzQyOTY0OA@@._V1._SY317_

Aku memang akan compare seram ke tak cerita hantu kat wayang tu dengan cerita Insidious. Aku jarang terkejut tengok cerita seram sebab sah-sah kau dah tau hantu tu mana nak keluar. Bila muzik senyap je, dalam bilik samar-samar, kau pun dah boleh agak hantu nak keluarkan.

Tapi tak Insidious. Aku boleh menjerit sebab aku tak boleh nak agak hantu keluar. Ikut suka mak pak dia ja nak keluar ikut mana.

Citer Mama ni tarikan pertama dia sebab producer dia Guillermo Del Toro, yang buat cerita Pan Labrynth. Ingat? Cerita budak perempuan kena tembak kat tepi telaga tu? So aku expect cerita Mama ni best lah walaupun bukan dia yang director.

Aku skeptikal sket cerita hantu. Stereotype. Cerita melayu lagilah. Siap ada aura aura Dragon Ball lagi masa nak kalahkan hantu hantu tu. Puihhhh. Paling hazab cerita Mistik. Boleh bernanah gegendang telinga kau dengar Rita Rudaini menjerit dalam cerita tu.

Aku bagi 3/5 bintang untuk Mama. 1 bintang extra sebab Mama pandai buat kelakar dan boleh buat double job. Rambut dia boleh buat vakum automatik yang macam kereta kontrol tu. Haha.

Kisahnya Mama ni hantu yang kehilangan anak. Datang pulak dua orang budak ni kat rumah dia sebab mak diaorang kene bunuh. Tapi apak bebudak ni cuba bunuh anak dia ni tapi Mama ni halang. Baikkan hantu ni? So Mama ni jagalah budak ni.

Hantu jaga anak orang. Tak ke jadi anak hantu budak tu nanti?

Tapi satu hari, pakcik bebudak ni dapat trace balik and bawak balik bebudak ni ke dunia manusia. Tapi ko ingat Mama nak lepaskan macam tu je? Selanjutnya korang tengoklah sendiri macam mana aku kata rambut dia boleh jadi vakum robot tu.

Cerita hantu lain jarang tunjuk muka hantu lama-lama. Mama selamba je tunjuk muka selambak dia yang macam perempuan kena Anerox. Kau boleh gegelak tengok Mama. Betapa sedih hidup Mama yang masa hidup dia dulu sakit jiwa.

Nice story. Better dari Les Miserable yang aku rasa macam nak nanges tengok. Aku tak boleh blah tengok cerita yang nak mintak air pun kau nak nyanyi-nyanyi. Kene seksa pun kau nyanyi-nyanyi. Ke tak logik tu. Orang cakap cerita tu best tapi aku hazab sangat nak tunggu habis.

DAH. DAH. Tunggu Hansel and Gretel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s