Hafizi Masuk Dapur

Kalau tanya mak saya, sampai bila-bila pun dia tak akan mengaku yang saya ni boleh masak. Bukan pandai, tapi BOLEH. Tapi Sabtu lepas, mungkin perasaan dia sama sahaja bila dia dapat tahu saya dapat keputusan PMR 8A 1B (ewah promosi pulak result tahun 1999 dulu)  bila saya cakap saya masak nasi lemak berlauk sambal ikan bilis dengan 2 biji telur rebus (yang bahagian kuning tu masih cair berasap)

(Kalau mak saya pakai iphone, mungkin dia dah rakam saat tu dalam format HD)

Inisiatif untuk BOLEH memasak ni bermula pada selepas Syawal hari tu. Almaklum kedai melayu banyak lagi tutup. Bagi mengelak berlakunya emosi tak terkawal seperti lapar, bengis, muram (saya mengalami simptom-simpton itu kalau lapar), saya mulalah membeli bahan-bahan ‘basah’ seperti bawang besar, bawang putih, cili boh, garam, gula, beras, perencah nasi goreng, mentega, mee kuning, ayam, etc. Cuba teka apa masakan pertama yang saya masak??

Bukan “Hey nasi goreng, Hey sungguh lazat” seperti iklan Adabi tu. Tapi saya masak nasi putih berlaukkan ayam masak sambal. Hasilnya? Nasinya lembut tapi bawahnya hangus, dan juga sambal yang masih terasa ‘pedar’ cilinya. Tapi saya menikmatinya dengan penuh kesyukuran. Weyyyy first time masak. Tak sedap, bedal/badol/badal saje.

Bermula dari situ, saya dah mula bereksperimen untuk masak benda lain macam mee goreng, udang masak butter, nasi butter, sambal ikan bilis, nasi goreng berperencah Adabi, lempeng susu, dan juga nasi lemak yang berjaya membuat mak saya ‘jaw-dropping’ ( i think )

Filosofi saya mudah, kalau saya dapat masak sambal ikan bilis terbaik, saya mampu mengalahkan Gordon Ramsay ( bajet saya nak samakan dengan Dr Fazley lah tu kan? Oh pleasee ). Dengan kata lain, kalau sambal ikan bilis saya sedap, masakan lain pun sedap. Prestasi saya setakat hari ni, sambal saya masih lagi OK. OK does not suit me. Haissshhhhh

Apa-apa pun, nantikan kemunculan saya dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke-2 di Astro Warna saluran 132 bermula 26 September 2013. 

 

 

 

 

 

berangan. Titik. Hishh Mat Jenin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s