Hadijah

….Hirupan nescafe dicampur milo atau NesLo tadi tak memungkinkan aku lelap waktu ini. Sebarang minuman berkafein selepas 8pm akan menyebabkan degupan jantung aku berdegup lebih kencang, lantas meningkatkan kadar adrenalin dalam badan, lalu tidur merupakan satu aktiviti yang agak mustahil. Aku sendiri kurang pasti mengapa kafein durjana itu aku ambil malam ni…

Malam ni aku nak berbicara perihal kakak sulung aku. Along aku (atau nama sebenarnya seperti tertera pada tajuk blog). Francesca Peter mengingatkan aku pada dia. Adakah kerana masa kecilku, lagu Sekadar di Pinggiran menjadi siulan aku? Tapi mungkin, wajah Fran (suatu ketika dulu) mirip rupa along aku…

Manja

Benar. Menjadi anak paling akhir sekali dalam keluarga menyebabkan aku menjadi perhatian daripada adik beradik yang lain. Along sangat memanjakan aku berdasarkan foto-foto keluarga terdahulu. Memiliki sifat yang bertentangan dengan aku, menjadi anak sulung , along memiliki tanggungjawab yang lebih berat daripada yang lain. Apa sahaja kemahuan, pasti dimiliki. Zaman-zaman aku, baju berjenama Kiko mungkin satu jenama yang agak mewah ( aku rasalah). Walau tak banyak memori masa zaman-zaman aku tinggal di rumah atuk aku, tapi pasti Along banyak memberi pengaruh dalam kehidupan aku sekarang.

Memori

Along seorang yang garang. Ya..sangat garang. Mungkin tempias daripada sifat arwah abah yang memang pemarah orangnya. Walau garang, tapi hatinya baik (seperti arwah abah jugak). Meh sini aku senaraikan kenangan-kenangan aku dengan along yang bisa mengusik hati ni…

  1. Masa tu along menanti kelahiran anak ke-2 (Muzammil). Hari terakhir di rumah, dia mandikan aku dan berbisik ..”Lepas ni along susah nak mandikan uji sebab along dah ada baby….” . Pesanan supaya aku lebih berdikari kerana fokus along sudah berubah selepas ni…(tapi aku tak faham pun masa tu…)
  2. Masa along kahwin, semasa bas nak bergerak pulang, along pesan suruh balik dulu sebab dia kena tinggal kat sini (rumah pengantin lelaki). Muka dia macam sebak tapi aku tak faham pun masa tu.
  3. Masa ni along dah ada anak sendiri, anak pertama. Ada air Nespray dalam peti ais. Tinggal sebotol je. Air Nespray ni macam air Yakult sekaranglah. So aku ameklah dan minum depan Along. Sekali kena marah dgn Along, cakap kenapa minum sebab  Muzammil suka air tu. Owh masa tu  sangat sedih sampai tak lalu nak minum air tu. Iyelah selama ni hanya ada saya seorang je…tapi kali ni ada orang lain…😦
  4. Saya teringin nak rasa macam mana rasa cheese/keju. Masa dulu barang-barang macam tu mahal kan. So along belikan cheeseburger kat McDonalds kt Fajar, Melaka. Nak suruh saya rasa. Alalalala
  5. Kat McD Fajar jugak, Muzammil ni macam nak terjatuh masa main playground, saya jugak kena marah sebab tak jaga betul-betul. I am sad again😦
  6. Pernah jugak terdengar Along dengan husband bergaduh pasal aku dalam kereta. Adalah peristiwa yang segan kalau nak cerita kat sini. Along fight for me tapi her husband make all the sense. Terima kasih untuk itu.
  7. Kalau masa cuti je, memang suka datang rumah along kat Lendu. Walau hidup sederhana, dengan kereta warna biru gelap bernombor plet ‘P’ apa ntah. Yelah masa tu Along tak kerja lagi. Tapi diaorang bahagia je. Alhamdulillah
  8. Masa baru-baru masuk asrama, saya ada nyatakan hasrat nak pindah sekolah dan duduk balik kat kampung. Tekanan duduk asrama masa tu sangat tinggi. Rasa nak balik je tapi along datang, comfort me. Alhamdulillah, staying in the hostel was a RIGHT choice. Saya kekal sampai Form 5.
  9. Walaupun saya dah besar panjang, tapi saya masih lagi manja-manja dengan along. Saya suka kuah kacang buatan along. Kalau terasa nak makan, saya suruhlah along buat. Ada rezeki, dia buatlah hihi. Oh setiap raya, along mesti orderkan kuih cornflakes yang sedap giler tu. Beli khas sebalang untuk saya seorang. Adik manjalah katakan
  10. Masa along nak tunang/kahwin, saya dermakan kutu saya kat dia. Hahahaha ini betul-betul haru lah. Sorry…ala budak-budak kampung dulu. Memang ada kutu ;p
  11. Kami mempunyai tandatangan yang sama sebab saya tiru tandatangan (sign) along. Ceh…

Itulah serba sedikit kenangan dengan along. Tak sangka ingatan kita sebagai budak kecil masih lagi kita boleh ingat sampai sekarang. Sedih, suka tersimpan segala memori dalam hati. I love you along. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

Along boleh dijejaki di pautan ini

Bacaan lanjut…Memori Abah

p/s: karangan ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Alhamdulillah🙂

7 thoughts on “Hadijah

  1. 1. Dah umur 8/9 tahun pun kena mandikan…. sama cam dak ‘demuk’ untunglah jadi anak bongsu
    2. Kali pertama nak stay rumah ‘ibu mertuaku’ punyalah sedih berpisah dengan adik yang baru umur 5 tahun masa tu, Allah swt sahaja yang mengetahui
    3. Part air nespray ni dah tak ingat tapi kenapa jadi macam tu ye… maafkan along kerana peristiwa ni berpunca dari kejahilan dan kekurangan ilmu sewaktu muda
    4.Masa balik dari hospital selepas lahirkan anak pertama yang meninggal tu, air mata mencurah-curah sepanjang perjalanan tapi uji selamba aje ajak singgah KFC
    5.Budak kecik memain dengan budak besar kalau ada masalah mestilah budak besar kena marah kan keh keh
    6.Sentiasa nak backing uji walau pun dengan somi sendiri
    7.Walau pun tak kerja dan naik keta kecik tapi rezeki sentiasa ada dan boleh shopink2 sesuka hati beli apa yang uji nak.
    8.Sekolah tu berjaya membentuk apa yang uji ada hari ini, Ingat Muzaimi tak (allahyarham)
    9.Raya 2012 lepas terkilan sikit tak hantar kuah kacang sebab nampak kat rumah mak ada seperiuk besar, ingat tak nak dah
    10.Kutu…. sapa masuk tadika mesti ada kutu kan
    11.Pelik btul tanda tangan boleh sama
    Yang baik datangnya dari Allah swt, yang buruk datangnya dari along sendiri

  2. owh thanks Along reply satu-satu ni. Sebak pulak rasa. Nak cakap sayang depan-depan malu, ini lah salah satu caranya. Thanks along jaga uji dari kecik sampailah ni ha dah umur 28 tahun dah🙂 btw jangan sesegan hantar kuah kacang tu sebab along punya kuah kacang ada rasa masam sikit. tu yang sedap

  3. sebenarnya along menangis baca part ni, macam-macam perkara teringat…. abah,,etc…etc masa semakin jauh meninggalkan kita semua. Kutu tu adalah lambang keakraban kita dulu. Kita tak mungkin rapat seperti dulu, dengan anak-anak sendiri pun semakin terpisah, apa tah lagi dengan adik beradik.

  4. aduh tanpa disedari berderai2 air mata dipagi hari ni …..hati yang keras ni boleh jadi really touching….hu hu…..semuga ikatan persaudaraan kalian 7 beradik akan sentiasa utuh….bagi hafizi sabtu kamu tetap adik bagi kami semua…..

  5. kak ena jangan sesedih..tp ye lah fikir citer dulu-dulu sebak jugak sebab semua dah berubah sekarang..harap2x kita semua bersatu kembali dalam Jannah Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s