I’ve checked in at Kidzania Malaysia

Whooohoo setelah beberapa bulan hanya mampu tengok kaunter tiket Kidzania, serta gambar-gambar ‘mereka-mereka’ yang dah masuk, akhirnya pada 22 September, Sabtu, dapat jugak saya merealisasikan impian untuk jejak masuk ke Kidzania Malaysia di Curve NX, bersebelahan dengan IKEA. Kalau sesambil nak beli perabut RM29.90, ternampak ada kepala kapal terbang Air Asia tersembul kat bangunan sebelah tu, haaa kat situlah segala fantasi kanak-kanak yang tak sabar-sabar nak jadi dewasa akan terlaksana. Percayalah adik-adik semua, realitinya, korang tak nak jadi itu semua. Hihihi. It’s the truth. U wish u’ll stay as a kid FOREVER. Take my words adik-adikku sekalian.

BTW, kalau nak masuk Kidzania, ada syarat. Mesti bawak kanak-kanak. Kalau sengaja nak masuk tengok-tengok, memang tak boleh. Lagipun dengan harga tiket RM35 untuk dewasa,kanak-kanak RM55, agak mahal untuk ‘tengok-tengok’ sahaja. Lagipun kat dalam tu, korang yang dah remaja-remaja purba ni memang tak boleh buat apa pun. Setakat tengok budak-budak kecil ni bermain dengan lebih 90 jenis proffesion ‘dewasa’ seperti menjadi pilot, pelakon, saintis, doktor, ahli bomba, polis, DJ radio, pembuat burger, pengecat rumah, pemandu kereta, dan banyak lagi. Jangan risau, ada parent lounge yang sangat selesa, dan biarkan anak-anak bebas bermain dalam tu. Security pulak, once you exit, dia akan check tag anak-anak dan pastikan sama dengan tag pada parent. Oh semasa nak masuk, kita seperti nak ‘check-in’ masuk ke dalam kapal terbang, ada pegawai imigresen, dan juga pegawai yang akan semak boarding pass kita. Great!!

Maybe saya boleh bagi beberapa tips kalau korang teringin nak jadi abang, kakak, atau parent yang unggul nak bawak anak-anak kecil ke sini =)

  1. Jikalau korang pergi pada hujung minggu, akan ada 2 sesi. Bermula jam 10am hingga 3pm dan sesi kedua jam 4pm – 9pm. Hari biasa bermula jam 10am-5pm. Bergantung kepada nasib, waktu menunggu setiap permainan boleh jadi 10 minit atau 1 jam. Setiap permainan at least kena ada 5 orang, dan ia berlangsung dalam 20 minit. So kalau anak anda ada 2 je, ajaklah jiran sebelah cukupkan 4 orang sebab kalau tak cukup, kenalah tunggu bilangan tu cukup. Kalau orang tak ramai datang, lagilah bosan.
  2. Antara game favorite kat sana ialah menjadi pilot dan ahli bomba. Waiting time sangat lama. So, target dua game ni dulu kalau tak, lama nak tunggu whoooo.
  3. Kalau anak-anak korang lapar, tak payah beli makanan untuk diaorang. Suruh diaorang jadi pembuat burger, sushi, air vitagen, air mineral, buat coklat sebab tu semua free.
  4. Per entry, setiap orang akan dapat 50 Kidzos (matawang Kidzania). Bergantung kepada pekerjaan, korang sama ada akan dapat duit atau keluar duit. Biasanya yang dapat duit ni kalau kerja more to service type like jadi polis/bomba/pembaca berita/posmen. Duit-duit ni semua boleh guna untuk beli souvenir tapi harganyaa ya ampun. Mahal ye. Jenuh la bebudak ni kerja dengan gigih untuk collect duit.
  5. Galakkan anak-anak anda untuk belanjakan duit Kidzos tu. Pengalaman bawak anak-anak buah hari tu, takut sangat nak belanja duit tu. Takut habis. Dik, duit tu tak laku kat luar ye. Memang lah boleh simpan duit tu untuk next visit, tapi bila je ye? Hihihi.
  6. Pujian lah pada staf-staf Kidzania. Memang cukup sabar melayan karenah budak-budak kecik tu. Bayangkan anak buah saya berumur 3 tahun tu (i hope i’m right), yang tak faham pun macam mana proses nak buat air mineral tu tapi saya tengok staf mereka explain jugak kat budak kecik tu macam dia faham. Bersungguh-sungguh ye, bukan sambil lewa. Kudos! Not everybody has talent to deal with these small creatures.
  7. Do encourage your kids to mingle around with others. That can build up their confident. Game paling sesuai untuk ni ialah menjadi pembaca berita. Yes, this one is entertaining to watch. Really.

Haaaaaaaaaa… it was a great experience seeing my loves one being happy and i get to spend time with those little rascals all day. Another great thing was i get to EAT my favorite IKEA MEATBALLS. Yes, MEATBALLS. I havent eat that for MONTHS. Demmit. Eh cerita pasal makan pulak.

Kids, dont grow up tooooo fast. I stilll need you guys being my cute little kids that i get to hug and kiss whenever i came back to see you. Those jobs can wait and do pick the right one. You dont want to end up like me who has a job as an engineer but every single day he wish he’s not.

3 thoughts on “I’ve checked in at Kidzania Malaysia

  1. Haa… mesti wifeku akan propose benda ni once dia baca post ko ni😀 Hehehehehe. Eh ada ke activity untuk budak umur setahun lebih?

  2. untuk setahun lebey takde rasanya. lagipun umur 1-2 tahun, admission is FREE. pls do come here, untuk budak2x memang menarik and janganlah aqil datang sorang je..bwk sepupu sepapat dia yang lain. baru menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s