Puasa & Pengertian

Image

Diam-diam dah lama tak come out dengan entry baru, tetiba baca tajuk dah macam blog keagamaan pulak. Takpelah, sekarang ni kan bulan Ramadhan. Eloklah baca benda-benda yang elok, berlipat kali ganda pahalanya. Setuju?

Menariknya pasal bulan puasa ni, selain jalan dah jam pukul 5 petang, hari-hari ada pasar malam a.k.a Bazar Ramadhan. Pada waktu ni lah selalunya kuih-kuih pelik dan jarang ada muncul. Tak dilupa, harga makanan pun boleh tahan mencanak naik secara tiba-tiba. Saya memang malas nak pergi bazar yang glamer-glamer ni macam kat area Stadium Melawati, Shah Alam tu. Cubalah pergi, mau dekat nak Maghrib baru sempat sampai rumah =) Takpelah, pilihan masing-masing. Saya kalau ada moto, gigih jugaklah meredah area tu semata-mata nak beli Murtabak RM 2.50.

Selain itu, sembahyang terawih. Bulan-bulan lain takde solat sunat ni tapi dah macam jadi suatu kewajipan untuk semua buat perkara ni. Alhamdulillah, penuh jugak masjid-masjid dan surau. Dari kecik saya tak pernah bertanya, kenapa solat ni ada dalam bulan Ramadhan sahaja dan kenapa solat ni banyak rakaatnya. Dari 8 sampai 20, serta diakhiri dengan witir. Walaupun boleh bersolat secara sendirian, namun  akan dipandang senget sedikit, kalau cakap kita ni tak pergi terawih di masjid, tapi solat sendiri di rumah. Ini tak berlaku kalau saya cakap saya solat wajib Zuhur di rumah secara sendirian. It’s okay. Nothing wrong with it.

Ibadah puasa pun macam tu. Saya tak pernah tanya kenapa kena berpuasa dalam bulan Ramadhan sahaja. Kenapa tak dibulan-bulan lain. Apa istimewanya bulan ni sampai Allah wajibkan hambanya berpuasa dan berpuasa termasuk dalam Rukun Islam. Mesti ada sesuatu disebalik bulan ‘Panas’ ni (dari segi bahasa, Ramadhan bermaksud Panas). Rata-rata jawapan yang saya dapat the reason behind fasting  adalah untuk mengerti penderitaan orang-orang miskin yang kurang makan, mengajar diri untuk lebih bersabar, membentuk sahsiah diri, dan membina jati dari dari melakukan perkara yang sia-sia.

Saya tak pernah bertanya kenapa kerana setiap pertanyaan akan dibalas dengan jawapan ‘ itu hukum di dalam Al-Quran ‘. Bila ditanya lagi di mana hukum itu dalam Al-Quran, ‘tak pasti, kena tanya Ustaz”. Maka, rugilah anak-anak yang bukan dilahirkan dalam keluarga Ustaz dan Ustazah sebab tidak akan mendapat jawapan yang kukuh. Ataupun lagi mudah jawapannya, “Wallualam”. Saya tak suka jawapan ni sebab Allah bagi kita akal untuk berfikir dan mencari, maka setiap soalan mengenai hukum hakam, sudah pasti ada jawapan yang kukuh, jikalau tidak, macam mana mahu beribadah bukan? Lagi teruk, saya dihalang untuk berfikir tentang zat-zat Alllah kerana takut jatuh hukum Musyrik atau menjadi gila sebab pemikiran kita tak sampai ke tahap tu. Persoalannya, apakah zat-zat Allah tu?

Berbalik kepada ibadah puasa tu, jikalau puasa itu dapat membina umat Islam yang terbaik, kenapa sejak dari kecil lagi sampai sekarang, kira-kira 20 tahun, saya lihat akhlak umat Islam di Malaysia khususnya, bertambah teruk. Dari segi jenayah, sekarang makin teruk. Kita menjadi takut. Ibadah puasa bukan diwajibkan semalam, tapi sejak zaman Nabi Muhammad lagi. Mana silapnya? Saya bercakap dan berfikir dari sudut secara keseluruhan umat Islam sebab saya yakin, masih ada umat Islam yang betul-betul menghayati pengertian Ramadhan dan berjaya merubah diri menjadi lebih baik pada Syawal. Jadi adakah selama ini ibadah ini dipandang sia-sia oleh Allah sampai dibaginya kita bala lagi dengan pelbagai masalah sosial yang betul-betul mengganggu kehidupan kita sekarang.

Ok, saya rasa kamu tak setuju dengan pendapat saya ni. Kita ambil contoh yang mudah, bulan Ramadhan mengajar kita untuk pergi setiap hari ke Masjid untuk solat Terawih tapi kenapa pada 1 Syawal, waktu Isya’ nya , jemaah hampir kosong di mana-mana masjid atau surau? Di mana kesan 30 hari ibadah itu jikalau perkara semudah itu, yang mana kita telah dilatih selama 30 hari tidak dapat dilaksanakan.

Even, solat sunat Aidilfitri kalau saya tak pergi mesti dipandang senget 360 darjah. Tapi kenapa OK saya tak pergi solat wajib Subuh di masjid pada 1 Syawal? Saya tak mengerti dan saya perlukan jawapan yang kukuh kepada semua persoalan saya ni =( Cukupkah 30 hari tu menjadikan saya lebih baik dari segi iman,akhlak, dan ibadah tu. Kenapa saya rasa selama saya berpuasa ni tak banyak perubahan yang saya rasa? Mungkin ada sesuatu yang masih lagi kurang dan perlu diperbaiki tapi apa??

Bagi yang tidak mengetahui hukum di mana kita diwajibkan berpuasa, sila rujuh Surah Al-Baqarah, ayat 185. Sekurang-kurangnya jikalau ada yang bertanya, kita boleh berbicara di mana hukum itu.

Saya harap puasa kali ini memberi makna kepada saya dan bakal mendapat suatu jawapan yang pasti. Saya hanya nak berkongsi apa yang terlintas di fikiran saya, dan jikalau anda ada jawapan kepada persoalan saya, silah bagitau =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s