PDA (Public Display Affectionate)

AMARAN : Entri ini hanya untuk bacaan umum. Tak terkait dengan apa juapun yang hidup atau yang takde. Hanya sekadar pandangan peri-body.

Terima kasih adik Hanis Zalikha yang bagi idea kat saya nak story pasal ‘kisah dalam kelambu’. Tak dilupa kepada mangsa  Jejari Runcing, yang membakar semangat aku untuk tak nak share kisah-kisah aku dengan orang yang aku sayang terutama dalam blog ataupun facebook.

Bagi aku, orang-orang yang suka PDA ni berani, yakin, dan mampu menghadapi segala dugaan dan tohmahan. Hati kering dan juga kental. Kaw katelah macam-macam kat dia, tapi dia tetap yakin letak status kat Facebook macam ni ;

Mulut boyfie saya sangat busuk macam puaka hari ni, tapi saya tetap sayang dia..muaacckksss!

Shoooo shweeeeeeet! Mulut busuk tapi kaw tetap sayang. Bertuah lelaki tu dapat perempuan yang sayang dia unconditionally. Baguslah tu. Pagi besok, keluar lagi status manja-manja lagi.

Baru je lepas call my boyfie. Mashammnye dia..tak mandi lagi. Baby mandi tau..jangan lupa gosok gigi. Busyyukkk! Muaacccksss

Sooo shweeet walaupun nampak benor menipunya. Tapi takpelah, adat orang bercinta memang macam tu. Tapi kalau setiap 5 saat kaw luahkan perasaan kaw dan hebahkan kat satu dunia betapa agungnya cinta korang berdua, dah tak sweet daah. Dah macam nak kena pelempang, bagi korang sedar, betapa mengada-ngadanya korang.

Itu kalau tengah happy, kita tengok pulak kalau tengah bergaduh..

Sorry baby, sayang tak sengaja…kalau boleh diundur masa……. baby, maafkan sayang ye?

Mungkin sayang nak SMS kat baby, tapi sayang terpost kat Facebook. Takpelah, human error (Duuuhhh??). Even worst apa tau, sayang tu takde pun dalam friend list dia sebab sayang tu ada Friendster je. Habis tu, status tu untuk siapa? Lagi-lagi worst, ada pulak kengkawan yang ‘LIKE’ status tu. Nak aje remove kengkawan sengal camtu kan?

Sebenarnya tak salah pun  benda-benda ni semua cuma terdetik tak, ada certain thing dalam hidup kita ni, ada yang perlu kita privacy daripada pandangan umum lebih-lebih lagi benda yang kita pun tak berapa nak pasti penghujungnya. Nanti kalau dah terpisah kasihnya (mohon dijauhkanlah), penat nak delete segala entri atau status kat Facebook tu sebab semua teddy bear dan hadiah kita dah buang kan..

Aku kalau rindu sangat dan nak bagi signal yang aku rindu giler, aku post lah lagu ‘ku menunggu‘ daripada Rossa kat Facebook sambil letak caption “rindu”. Gituuhhh hahahaha

Jangan marah aku pasal entri ni. Korang yang PDA ni memang berani. Aku tabik. Aku tak sekental kalian😦

Kepada baby saya…jangan risau…walau mulut baby busuk berpuaka macam longkang tersumbat, saya takkan bagitau kat semua orang sebab last time Hanis Zalikha check, love is between 2 people. Sayang baby…muaaccccccxxxx

Lagi sekali kau sebut muaccccxxxx memang batang paip melekat kat mulut kau!!!

Ok.Ok. Takde dah sebut muuuaccxxx…

One thought on “PDA (Public Display Affectionate)

  1. Hehehe.. aku pun sekarang dah nasihat diriku sendiri dan wife untuk tak yah letak hal peribadi dalam blog or Facebook selepas dengar tazkirah Prof Dr Muhaya pasal PDA ni🙂 Prof tu kata better letak perkara yang boleh bagi manfaat pada orang lain. Mungkin setengah orang kata itu sebagai catatan peribadi untuk disimpan dan dikenang pada masa akan datang. Tapi pada hakikatnya lebih baik disimpan sendiri sebab tak semua perkara elok diberitahu pada umum. Tambah-tambah yang boleh menjurus untuk membuka pekung didada sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s