Persiapan Raya Orang Bujang (ke?)

Aku suka karang  blog waktu yang tak konvensional, macam waktu tengah sibuk di ofis, lepas baca blog orang lain, dan juga waktu perut aku dah kenyang. Kat ofis pun tak banyak kerja lagi, email pun macam malu-malu nak masuk, perut dah kenyang, facebook pun dah habis aku skodeng. Apa lagi nak buat? Almaklum, pasca Aidilfitri. Memang segala-galanya siput.

Kalau orang yang tinggal kat KL, dua ikon ni wajib dikaitkan dengan hari raya. Sogo Mega Sale dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jln TAR).  Sepanjang 26 tahun beraya, tak pernahlah jejak dua kawasan ni masa raya. Fikir dia punya susah nak cari parking pun dah boleh buat kepala pening. Aku ni bukanlah fancy sangat nak pergi bersesak-sesak semata-mata nak merasai nikmat membeli harga baju melayu dengan harga murah atau teringin sangat nak tengok jejaka bermisai memakai tudung. Nak ikutkan, taklah murah sangat. Kalau pergi masa hari pertama puasa pun boleh dapat harga yang macam tu. Strategi bro..strategi.

Tapi tahun ni, beralah siket. Pujuk hati ni pergi jalan TAR. Nanti kalau orang tanya kau pergi tak Jalan TAR shopping raya, bolehlah jawab ‘Ye’. Taklah macam loser sangat tinggal dekat dengan KL tapi tempat happening macam tu tak pernah pergi. Okaylah. Member yang teman sekali ni pun selalu pergi jalan TAR. Haa amek. Aidilfitri 2011 di Jln TAR.

Bagi orang yang jarang naik public transport, memang sakit woo. Kalau urat kaki dengan kentut tak kuat, boleh nangis. Penat dia tak sama dengan penat bawak kereta transmisi manual tersekat dalam jem. Jadi, Ahad lepas, dalam misi ke Jln TAR nak elakkan jem, kami naiklah LRT. The idea is good tapi sebab takde proper plan, penat jugaklah berjalan-jalan nak bertukar train dari LRT ke Monorel yang boleh tahan sengal jauhnya.

Bagitau aku bila je Sogo ni takde jualan murah. Tak payah tunggu Year End Sale pun, pergi je Sogo tu bila-bila masa, ada je lah sale nye. Aku ni yang tak beberapa nak kurus ni, dah rasa macam seekor kerengga ramping berebut-rebut nak cari barang murah kat sana. Punggung saya yang tak beberapa nak montok ni pun diraba-raba. Dah kena raba, terus usap-usap punggung ni macam nak check wallet ada lagi tak dalam tu padahal awal-awal lagi kita dah tukar posisi wallet ke poket depan. HOMAIGOD, orang ramai giler. Saya tabiklah mak bapak yang gigih menghunus stroller anak-anak diaorang dalam kesesakan orang ramai tu. Kita yang tak beranak lagi ni pun dah rasa macam serik nak beranak lagi.

Habis siksa kat Sogo mencari handbag untuk mak, kami ke Jln TAR nak mencari baju melayu saya. Masa tu tahap sabar dah nipis dah, puasa kan. Sah-sahla lapar. Dengan panas dia lagi, hadoi. Tapi takpelah, kata nak cari baju melayu elok dan murah, terpaksalah kau harung semua dugaan tu kan. Mana ada benda free dan senang bro. Dalam 1 jam, jumpa jugak baju melayu yang berkenan dan muat lehernya kalau kita nak kancing. Ye, aku ada leher besar. Giler kau leher aku taraf supermodel? Samping pun belilah sekali. Kata nak all-out tahun ni. Satu je benda yang aku terlepas pandang, butang baju melayu. Memandangkan masa beli baju melayu tu dah dapat free 5 biji butang, so tak terfikir pun nak carik butang fancy-fancy, glitter-glitter (hahaha)

Ironinya, masa raya, songkok tertinggal kat Shah Alam. Samping pakai nak ke solat sunat je (dalam 1 jam 15minit), baju melayu untuk sepanjang hari raya pertama. Pagi sampai petang. Lepas tu simpan ketat-ketat yang entah bila nak pakai balik. KKJ (Kelas Kau Jah)!

 Selamat Hari Raya!

 

3 thoughts on “Persiapan Raya Orang Bujang (ke?)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s