Facebook Kita , Suka Hati Kita-lah

Saya dalam Facebook (FB) tak banyak kawan. Ada 116 je. Nampak sangat saya ni tak popular. Kalau dalam siri TV Glee tu, saya ala-ala ahli kumpulan Glee yang kene slushi je kalau jalan kat tepi locker. Sedih, tapi takpe, suara mantap beb.

Sebenarnya saya nak cerita pasal status FB. Kekadang pening jugak apa ayat yang sesuai nak publish kat FB tu. Tapi ada kan status FB yang kelakar (ke?) dan tak masuk akal (kan?) (boleh buat bahan gelak-gelak masa makan roti canai kat QBistro)

“Nak pergi makanlah…”

“Terasa nak keluarlah..jalan-jalan”

“Dah sampai rumah”

“Nak start keje”

“Dah 530, nak baliklah”

“OK.Nak tido….”

Ok. Gedik kan? Segala benda kau nak cerita. Tapi IMHO, tak kisahlah nak tulis apa pun sebab bagi saya FB ni hak individu. Betullah dia tulis nak balik kerja sebab dia memang nak balik kerja pun. Dah jadi macam diari.

Kalau tak suka baca status-status macam tu, ada 2 pilihan. Delete rakan tu ataupun hide segala post rakan annoying tu. Mudah. Tak perlu meroyan sampai tulis blog betapa bencinya kau baca status-status remeh camtuh. EH?

Tapi sebenarnya, saya annoying jugak baca benda yang heavy dalam FB macam:

“KDNK Negara 2010 mencapai 7.2% tapi apa kesan terhadap masyarakat…?”

“Mesir telah bangkit, kita bila lagi..!”

Tak ke rasa macam baca soalan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 yang paksa kita jawab soalan-soalan tu dalam 500 patah perkataan? TAPI, FB tu masih hak individu. Saya masih ada 2 pilihan di atas.

Jadi, apa status yang sesuai untuk saya, awak, mereka nak kongsi? Takde sebenarnya..suka hatilah. Namun, apa yang anda tulis, menggambarkan pemikiran anda. Takut jugak kan..karekter ko dijudge berdasarkan status FB. Cam haraam.

Bagi saya, suka baca status yang menggambarkan kehidupan dia seharian yang unik dan menarik. Setakat post pukul 530 ko dah nak balik, tu semua orang tahu. Lagi kreatif kalau korang pandai limitkan status tu jadi 150 karakter je macam Twitter. Benda-benda kecil macam ni buat korang berfikir panjang sebelum post sesuatu dalam FB. Menarik jugak kan…status FB boleh develop ur creativity skill.

OK. Sila kutuk status FB saya.

Status 2010


2 thoughts on “Facebook Kita , Suka Hati Kita-lah

  1. Yeah.. aku suka ayat ‘ apa yang anda tulis, menggambarkan pemikiran anda.’🙂 Anyway tu gambar ko terbaru ke? Bila start pakai spek? :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s