Diva’s Being Pengapit

Bulan 12, meriah, majlis kahwin sana-sini. Kalau nak tempah dewan tu, amek masa berbulan-bulan. Tok imam tak ketinggalan mengambil giliran menyatukan pasangan 2 mempelai bagi menambah lagi bilangan penduduk dunia (secara halal). OKlah antara senarai nya ; Wan Hamdi, Asyraf, Azreen, dan Hanifah.  Yang mampu, 2 nama pertama sebab saya ambil “job” sebagai pengapit. Pertama kali diapproach untuk jadi pengapit (best man). Mungkin sebab saya ni je lah bujang hensem yang masih tak kawin-kawin lagi dengan harapan bolehlah berjumpa dengan bakal suri di majlis berkenaan. Tidak. Tiada. Tak jumpa. Tak menepati ramalan. Buktinya, sampai tika ini, saya masih lagi bujang. Tiada siapa yang sudi bagi SMS “Selamat Pagi” pada saya. Sedih bukan?

Banyak soalan-soalan yang saya terima mengenai pengalaman menjadi pengapit ni **ehem ehem.. Antaranya :

Peminat : Bagaimana agaknya perasaan abang Hafizi buat kali pertama menjadi pengapit?

Saya : Berdebar-debar, mengalahkan pengantin. Saya pernah mengalami perasaan tu semasa majlis konvokesyen saya, saat saya diarak masuk ke dewan. Walaupun saya bukan “centre of attraction” tapi perasaan gementar dan bangga tu ada.

Peminat : Kenapa nak gementar? Itu bukan majlis abang pun?

Saya : **sambil jeling 180 kepada peminat (amboi carut aku nampak?) . Saya faham tapi saya sebahagian daripada majlis tu. Kalau saya pakai buruk, jalan senget, muka hancur, nama pengantin pun akan terpalit juga. Perasan tak dalam gambar pengantin, mesti terselit, walau tak banyak, ada gambar pengapit sekali. Itu sebab saya pakai cantik, jalan lurus, dan muka hensem. Semuanya kene perfect. Daripada makanan, pelamin, pengantin, dan pengapit tidak terkecuali.

Peminat : Apa persediaan abang sebelum menjadi pengapit?

Saya : Ini paling saya suka. The excitement before the event. Antaranya meminta sponsor daripada pengantin bagi tujuan membeli baju pengapit sebab kebiasaanya, pengapit yang dipilih jarang memiliki baju melayu yang bersesuaian dengan konsep warna yang diperlukan. Bermula daripada RM90 hinggalah ke RM180. Meriah kan? baju raya saya pun tak pernah semahal itu. Biasanya baju raya saya beli malam raya. RM80 je kat Tmn Cempaka. Saya turut meminta sponsor untuk tujuan penginapan. Duit minyak dan tol saya bayar sendiri lah.

Peminat : Selain tu?

Saya :Gym 4 kali seminggu.

Peminat : Hah?

Saya : Supaya saya nampak cantik dalam gambar pengantin. Seperti yang saya cakap tadi, segalanya perlu sempurna untuk sesebuah majlis perkahwinan.

Peminat : OK. Sebenarnya-benarnya apa perasaan abang sebagai pengapit ni?

Saya : Sedih. Kita sebenarnya melepaskan kawan baik kita kepada seseorang. Pengantin tu takkan jadi kawan kita seperti sebelumnya. Segalanya akan berubah. Keutamaanya selepas ni hanya pada keluarganya. Kawan hanya sampingan. Percayalah. Tiada lagi masa-masa untuk bersosial. Kalau ada pun, banyak sangat syaratnya. Tapi itu semua sebahagian daripada perjalanan hidup. Kena terima.

Peminat : Abang sanggup jadi pengapit lagi?

Saya : Ya, apa salahnya. Siapa yang tak nak baju melayu percuma? Hahahaha. Ok..joking. Mana-mana yang saya pernah berjanji nak jadi pengapitnya, saya setuju. Tapi tak lagi kot selepas ni. Hilang serinya nanti kalau suatu hari nanti saya naik atas pelamin.

Peminat  : Kata-kata terakhir abang?

Saya : We lost a lot of friends along the way in this life, and marriage is part of it.🙂

Peminat : Boleh saya ambil gambar abang?

Saya : Sila-sila..

5 thoughts on “Diva’s Being Pengapit

  1. Hehehe.. nice entry🙂 Masa ko kahwin nanti dah ada pengapit? Meh aku jadi pengapit (^_^) Pakej sekali dengan pengapit perempuan dan budak-budak bunga rampai😀

  2. Pijie… Best le bila baca ko punye entry. Dah lama rasanye aku tak rajin baca entri2 atau dengan kata lain bukak internet..hehe.. tak tau le maybe dah tak berapa feeelll macam dulu2 kot.. tapi lepas je baca ko punye entri kali ni humm… Menarik le, next time kalau banyak masa aku bace ko punye entri ea.. rajin2 ye tulis cerita2 best2.🙂..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s