Singapore Wake Up Call

Umur saya dah 25 , tapi baru terkial-kial nak buat passport. Malu. Keinginan nak melancong ke tempat orang tu ada, mungkin sebab kekangan wang? (Motivasi untuk dapatkan kerja yang lebih banyak gajinya semata-mata untuk melancong?. Kau sangat pelik okeh)

Dah..tak payah teka negara mana yang pertama saya jejaki…

Saya ada kawan kat sana. Lama dah kenal, sejak 2006. Baik hati orangnya, selalu datang KL (setahun sekali kira selalu ke?…) , dah tiba masanya saya balas budinya, datang menyibuk ke negara yang dah sedia padatnya. Sedang elok pulak masa tempat tiket tu , saya mengalami situasi ‘depressing‘ yang amat sangat, bagai dihentak batu yang sangat besar (melampau kaaaauu)

Senang cerita, cinta tak berbalas. Pathetic

Saya mengharapkan percutian suka-suka ni dapat merubah sesuatu, a new horizon, dan yang lebih tepat, membatalkan segala karma yang sedang berlaku pada saya (tapi dah 2 minggu balik M’sia..macam tak je..). Sedih. OK.OK. Cukup cerita sedih. Hidup saya pathetic 2-3 bulan ni. Tak perlu nak envy sangat-sangat pasal saya. Nasib saya comel..EH?

Saya pergi Singapura guna Tiger Airways. Dia bagi tiket murahhh. Return ticket dalam RM114. Tapi saya gatal tambah-tambah itu ini, maka harga berakhir kepada RM184. Takla murah sangat tapi lagi selamat daripada naik bas. Lagi cepat daripada keretapi, dan lebih senang daripada saya drive Nini saya. Comel kan nama kereta saya NiNi? Tipu… Sehari sebelum pergi sana, saya baru nak print initiary, tak perasan flight balik ke sini delay 1 hari! Gelabah. Terus call member kat sana, konon-konon nak mengadu. Nasib dia baik hati (2 kali dah ni puji). Kawwtim! Tapi pesan teman kat sana, lain kali naikla AirAsia sebab Tiger Airways mendarat kat Low Cost Terminal, AA kat Changi Airport. Barulah terasa Singpore nye tuh. Lagipun kat Changi, ada MRT station, (and i’m so envy with their MRT system) Jeles.

Saya tak tinggal kat hotel sebab member saya punya member (sila baca pertalian ini dengan betul) bagi kami stay kat rumah dia selama 3 hari tu. Bolehlah duit lebih tu menabung dalam akaun ASB…hmm…Saya betul-betul dah lupa kawasan rumah dia tu kat mana. Woodlands perhaps. Fikiran saya banyak melayang-layang kat sana, couldn’t give so much thought into the details. Hebatnya kawasan perumahan tu, kat bawah rumah segala macam benda ada daripada bank, kiosk bayar bil, kedai kasut, kedai judi, kedai baju, kedai runcit, salon rambut, malah kedai perabot pun ada! Impress kejap dalam 2-3 hari hahaha. Tapi tak semua perumahan ada kemudah sesempurna itu, tapi the idea is u don’t have to go out to the city just to buy a panties. Got it? Bijak.

Tak perlulah cerita pasal Singapore punya MRT. Well known, semua orang tahu its efficiency. At every station ada bandar setelit (kalau tak silap), maksudnya ada shopping complex for your own convenient. And it’s just like 1 km apart from each station. Fikir2 balik, banyaklah pulak shopping complex ko kan tapi penuh pulak saya tengok. Senang..siap ada pawagam lagi. Impress lagi ni dalam 2-3 hari. Pedesterian punya traffic light merata-rata dan kebanyakkan mereka patuh. Tak main redah je. When we talk about how they plan their city, i think they did a very great job. Jalan raya macam jalan highway. So smooth, ada 3 lane lagi. Singaporean is  fast. 3 kali kot nak terjatuh masa nak naik escalator kat MRT station. Yes, the escalator moves faster than the normal escalator, 2-3 seconds faster. Mahu nak tergolek kalau tak biasa.

OK. Sebenarnya banyak lagi benda yang saya impress pasal Singapore bila saya buat direct comparison dengan negara kita (nanti saya buat summary). Mungkin ini satu-satunya negara luar yang saya pernah pergi, maka saya punya judgement kira bersih lagi. Tapi signifikasi perjalanan kali ni merubah hidup saya melihat sesuatu, terutamanya bagaimana saya melihat diri saya. Baru saya sedar, hidup saya sangat lame, membosankan, dan takde apa-apa yang menarik tentang diri kau. Saya jarang bermain api, takut terbakar diri, walhal lecur terkena api tu membuatkan kau bakal menjadi sesuatu. Mungkin saya belum menjumpai diri saya yang sebenar (yang pasti saya tak jumpa kat sana), saya pun tak pasti siapa saya yang sebenar. Menurut buku “Kisah Mat Despatch”, 50% masalah akan selesai jika kita menulisnya. Mungkin 50% masalah saya dah selesai hari ni dengan tersebarnya kelemahan diri saya di ruang maya internet ni.

Hidup saya bosan. Tak payah tanya. Tak payah cemburu. Bila saya dah jumpa siapa saya, saya akan peluk awak balik dan saya takkan lepaskan.

Bosannya baca blog kau. Kesian

3 thoughts on “Singapore Wake Up Call

  1. Yeazza.. masa aku pergi sana, seriously aku rasa macam bukan negara sebelah Malaysia. Macam aku dah pergi negara yang jauh sangat daripada Malaysia :p Walaupun cuaca sama, tapi perasaan tu tak sama.. Best bangat..

  2. oooyeaahh..agree! cakap je nak ape, everything is there..lagi satu, suka tengok pokok2x dia banyak tanam along the road. sejuk sket ~ jiran kita je tuh…tapi tetap nak pi jauh nak carik idea…**carut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s