Nasi Bungkus Julai Daging Merah + Ogos Masak Lemak

Memandangkan bulan ni bulan puasa, elok benarla tajuk entri kali menggugat korang punya nafsu. Walaupun lauk ni biasa-biasa je, tapi kalau dah lapar, nampak menyelerakan~  [padan muka]

[tiup habuk-habuk atas laptop]

lama benar aku tak update blog. Cliche sangat, setiap kali entri baru, mesti tulis menatang tuh. [lepas tu bagi alasan kenapa tak update blog] Ahhh…malas. Takde masa nak tulis.

Ramadhan kali ni kat rumah baru. Penat jugak nak fikir, macam manalah gaya aku nak berbuka tahun ni. Nak lepak dengan dioarang depan TV atau lepak dalam bilik, layan Greys Anatomy musim ke-6 [yeeee…musim ke-6]. Tahun lepas memang takde masalah sebab aku dengan housemate yang lain tak sekapal. Satu nakhoda, tiga samudera .. cececehhh…Balik rumah terus masuk bilik, on laptop layan tv series. Tahun ni, aku rasa macam kena pandailah bergaul sket dengan yang lain. Macam tak senonoh plak makan nasi tomato lauk ayam masak merah sorang2x dalam bilik. Errrkkkk…blurrrppppp…Alhamdulillah

[Memang perangai aku tak campur sangat dengan housemate lain. Itu sebab aku tak mo satu rumah dengan best friend or opismate]

Bab nak beli juadah berbuka memang takde masalah. On the way balik rumah, memang ada pasar ramadhan yang cinonet je tapi cukuplah setakat teringin nak makan nasi ayam, karipap, laksam, roti john, dengan roti jala. Yang spesel2x memang takde ahh macam ayam percik, roti bom, ayam masak rempah ke. Yang tu kene pergi Stadium Shah Alam…Opppsss nanti dulu, sebelum nak pergi sana, kene tengok dulu nak pergi sana pakai apa. Memandangkan aku pakai kereta, aku simpan hasrat tu jauh-jauh. Pernah stuck kat depan kilang gula CSR sampai nak ke NKVE tu? tak kann? haa baik dok dendiam [ cisss…karipap pun sodaap]

Sudahlah. Dah nak Maghrib pun. Mesti mak sekarang tengah fikir, apelah anak bongsu dia sorang ni tengah makan. Mak, Uji belum makan lagi, belum bukak puasa lagi pun. Sekian. Nah makan karipap Ikea ni.

2 thoughts on “Nasi Bungkus Julai Daging Merah + Ogos Masak Lemak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s