Tandas Mengejek

Amaran : Jangan baca kalau ada makanan dalam mulut anda!!

Subang Parade semua orang dah tahu..kalau dulu-dulu masa kecik, mesti ajak mak ayah pergi sana. Sebab ada Toy’ r Us. Tapi saya dulu tak mampu nak beli kereta tanker kat sana. Beli je lah kat Masjid Tanah, siap dapat satu batalion askar lagi..theeeeeee🙂. Hah..sekarang dah ada shoping baru kat sana, Empire Gallery, betul-betul sebelah Subang Parade. Jauh lebih gah daripada Subang Parade, almaklumlah ada Tangs, Italiannies, dan beberapa kedai yang saya rasa kopak jugak $$ kalau hari-hari lunch kat situ [ mood sedih ]. Kalau lalu kat kedai roti Tun Dr Mahathir, The Loaf, mesti saya jalan cepat-cepat. Takut saya singgah dan habiskan duit poket makan saya untuk 1 hari…Tapi saya selalu lalu sana, manalah tahu kalau-kalau Tun ada…Yaaaayyyy

Owh saya selalu pergi Empire sebab gym saya [ gym saya ni..perasan ] ada kat tingkat 8.

Tapi saya terkejut tengok tandas kat sana. Ada cermin dalam kubikel tandas tu. Maksudnya, saya boleh nampak keseluruhan aktiviti saya dalam tandas secara jelas dengan hanya memandang ke kiri [bergantung kepada posisi cangkungan anda]. Erkkkkk…tak mao! tak mao! Tak perlulah kot cermin kat sebelah tepi tu. Buat apa nak tengok tahi lalat kat punggung saya [ ada ke? kekekekeke ]

Saya boleh bergambar dengan mangkuk tandas sekali. Tandas kat shopping lain mampu?? Sebelum anda bertanya, baik saya jawab..Ye..peha saya kian mengecil.Wahahaha..sangat riak [ sambil berlalu pergi sambil sarung jeans slim fit ]

Berhati-hati kalau ke tandas kat sana. Tutup mata dan hidung bagi mengelakkan anda terbayang-bayang aktiviti anda kat sana

4 thoughts on “Tandas Mengejek

  1. skali ada hidden camera blakang cermin tu. muahahahha… giler tak snonoh. idea sape la ni. agaknya nak suh org yg gune tu jgn kotor2. tgk cermin jer, sndiri mau ingat ah bahan buangan sape, sape kena cuci. muaahhahaha….

  2. another engineering disaster….patutnya tandas lagi kecik lagi selesa..ni letak cermin…rasa banyak mata memerhati…erkk..oit pateman..takde blog bloggy dovey lagi ke?😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s