Fakta & Auta?

Semalam, aku dengan sendirian pergi ke Pahlawan Mall, Melaka untuk menonton tayangan Alice in Wonderland dalam versi 3D. Filem yang kusangkakan bakal memberi impak dalam ruang imaginasiku hancur serta luluh setelah separuh daripada durasi 1 jam setengah filem tu aku tonton [dan tentulah berseorangan..]. Aku tidak berminat untuk mengulas lanjut tentang filem ‘blockbuster’ [hakikatnya mental block] tu..pergilah tonton dan habiskan RM18 anda untuk versi 3D dan RM12 untuk versi 2D [masih sedih mengenangkan betapa bosannya filem tuh!!]

Melaka menjadi transformasi maha hebat dalam masa beberapa tahun ni. Pekan yang jarang sekali sesak suatu ketika dulu, kini dihambur pelbagai jenis kenderaan dari pelbagai sudut. Unik dan keterlaluan untuk sebuah kawasan yang kecil. Penduduk tidak ramai, tapi lihatlah betapa banyaknya pusat membeli belah dibina..?

1. Jusco ke-2 dan [anak-anak]

Baru sahaja dibuka dengan rasminya bulan lepas. Pelan asal untuk dibuka pada tarikh hari jadi aku tahun lepas gagal selepas salah satu sistem gasnya meletup dan mengorbankan seorang nyawa [hmm takde badi kan membawa nombor 13]. Ketua menterinya mungkin sakit mata jikalau melihat tanah kosong di sana, ada saje yang dia nak buat. Aku yakin, pelbagai kajian tempatan telah diusulkan dan dipersetujui sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.Cuma, apa perlunya Jusco tu jikalau jarak dengan Jusco yang asal tidak sampai 10km? Membina projek semega itu bak membuka sebuah lagi cawangan 7Eleven.

Betul-betul sebelah Jusco tu, ada Tesco…and also by walking distant, U can have MyDin and Giant for ur pleasure. Aku tidak menidakkan pembangunan, tapi perlu sejajar dengan keperluan penduduk sekitar. Aku juga bukan aktivis alam sekitar atau mewakili mana-mana NGO, cuma insan kerdil yang memandang isu ni sebagai berlebih-lebihan dalam usaha menarik pelancong luar singgah ke Melaka. Cuba tinjau seketika Banda Hilir..dah tak nampak lagi Kota A Famosa sebab ada “kubu” baru yang dibina sekeliling kota yang menjadi saksi kejatuhan kesultanan Melayu Melaka dulu. Tidak cukup dengan tu, sebelah Mahkota Parade, bakal dibina sebuah lagi shopping baru yang dikatan Eco Friendly [in what sense..? heck i know]. 3 in 1.Hambek ko..tak puas-puas lagi ? Dan aku pasti, kedai2x yang wujud dalamnya, sama seperti yang ada dalam Mahkota Parade, hatta Pahlawan Mall.

Sedih…pembangunan [berlebihan] seperti itu tak diperlukan dalam mengekalkan warisan sejarah yang semestinya menjadi tarikan utama mengapa kita ke Melaka. Ia sepatutnya diminimaliskan dan promosi Ikan Bakar Umbai/Pernu, Asam Pedas Semabok, Coconut Shake Klebang, Roti Tampal Pasar Batu Berendam dan 1001 satu lagi keistimewaan yang pasti takde pada negeri2x lain. Hmmm..kenapa Eyes of Melaka dah tak bergerak ..[korang pasti dah tahu jawapannya]

2. Parking oh Parking

Rupanya, setiap daerah mempunyai sistem kupon parking tersendiri. How smart!!! Mujurlah Melaka ada 3 daerah je, kalau 10, mesti aku dah ada 10 jenis kupon parking untuk setiap daerah masing-masing. Maksudnya, kalau korang pamirkan kupon parking Daerah Alor Gajah di kawasan Daerah Melaka Bandaraya Bersejarah , korang masih kena saman dan wajib membayar RM30. Bayar Online??? Jangan risau..TAK BOLEH! Pergi ke kaunter Majlis Daerah masing-masing dan bayar. Gasaklah kalau anda dari Perlis yang mungkin kurang arif pasal kupon ni [Ada aku kesah ko datang dari jauh, yang penting aku dapat duit]

Cadangan dari insan kerdil : Buatlah sistem kupon bersepadu. Mungkin pembahagian ni memudahkan setiap majlis daerah mengumpul dana masing-masing tapi kenapa perlu menyusahkan penduduk tempatan terutamanya pelancong. Kata bandar warisan dunia, tapi LANGSUNG tak mesra pelancong. Kalau tak, kenapa Sabtu & Ahad pun masih dikenakan bayaran parking?? Ahhh….they don’t care about this little thing. They care more about the shopping complex. Mega project dude….

3. Jalan-jalan menuju ke panggung wayang.

GSC skang dah kat Pahlawan Mall (dulu kat Mahkota Parade). Kalau korang perasan, berliku2x pusingan yang korang kena naik nak ke panggung. Pelik dengan pelan konstruktif arkitek tu. Langsung tak mesra dan sia-sia. Aku pernah membaca satu novel ni. Penulis [Ridhwan Saidi] dalam cerita pendeknya [Hari-hari terakhir seorang flaneur]menyatakan “Senibina adalah ruang dan bentuk dalam garisan masa“. Bermaksud “ruang perlu didahulukan sebelum bentuk”. Beliau mengutuk senibina-sebina moden dan canggih kini gagal memberi fungsi kepada kita. Kalau korang perasan, kenapa negara-negara beriklim tropika [panas] mempunyai kaki-kaki lima pada bangunannya, sedangkan negara-negara bermusim takde senibina macam kita? Fikir2xkan lah ye😀

Hmmm aku perasan….kenapa semua buah fikiran aku semacam berniat jahat, mengutuk usaha-usaha pembangunan yang dirancang? Bukanlah aku seorang chauvinist atau pessimist, cuma aku jujur dalam melihat situasi ni. Pembangunan itu penting tapi harus memberi fungsi kepada penduduk setempat.

Wahh….macam blog politik plak..

[Cepat sebelum terlambat….jangan jadi macam jiran adik Arwah Shafiah Humairah, yang hanya mampu menunjukkan tempat adik malang kita tu diterajang..BTW, gambar ni bukan aku yang buat, sekadar mencilok dari forum]

3 thoughts on “Fakta & Auta?

  1. aitt..budak baik!!!!😀
    entahlah..rasa cam x best je…very simple n str8forward
    nasib tengok 3D…worth every penny

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s