Being frontliner is pain in the ArSe

LCCT Puduraya yang baru, tanpa kehadiran bas , namun diganti dengan kapal-kapal besi yang mampu terbang serta kedai-kedai perfume dan coklat dengan harga bebas cukai (…katenye…). 2 minggu lepas, aku terpaksa menggunakan perkhidmatan Air Asia sebagai medium pengangkutan setelah permintaan menggunakan Fireflyz ditolak dengan alasan tiket mahal. Ada benarnya. Mungkin untuk menampung kembali kos muffin dan setitik air zappel yang diberikan secara percuma semasa penerbangan.

Sedang beratur untuk proses check in, terdengar teriak daripada seorang petugas Air Asia di kaunter. Di hadapan petugas lelaki berbadan gempal, bermuka bulat dan agak legam itu seorang lelaki dalam lingkungan 50-an tunduk sambil menyatakan sesuatu dalam bahasa yang aku sendiri tak pasti. Perlakuan petugas gelap itu bak meroyan kehilangan anak sangat menjengkelkan. Aku tak pasti apa masalahnya, namun selaku penyambut tetamu kepada negara ni, attitude sebegitu sangatlah hodoh (..mungkin untuk menyesuaikan appearance dia? ..perhaps? )

Kasihan lelaki tersebut. Sudahlah tidak tahu berbahasa Inggeris, masalah dia aku pasti tidak akan selesai. Mungkin ada kaitan dengan beg sebab beberapa kali petugas biadap serta kurang ajar tu menjerit-jerit “go find your friend and take the sticker!!”. Aku tahu, tahap kesabaran dia telah dijolok, namun itu sebahagian daripada tugas kau. Kalau kau tak mampu nak handle situasi macam tu, go get your supervisor (or maybe he doesn’t want to look stupid to his boss..). Bangang sangat. Hati geram tak semena-mena.

Air Asia mempunya petugas yang cantik dan menawan di angkasa raya namun jelik untuk ground staff nya. Benci giler sebab kau tu frontliner…got get other job la weiiiiiiiii!!!!

p/s: I may not know most of the rules and regulations for travelling abroad by air. Enlighten me with some info regarding to the baggage check in upon departure.

One thought on “Being frontliner is pain in the ArSe

  1. u meant by nak tao info regarding baggage check tuh like what ek?? =p btw i hate people like that!baek xyah keja dgn air asia.u shud take his name and report to his superior.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s