Memori Abah

Pagi tadi aku terjaga daripada tidur dalam keadaan hiba. Cuba ku pisahkan realiti dengan mimpi namun pengakhirannya cukup menyedihkan. “Ji….abah dah takde..….”. Spontan aku lafazkan kata-kata tersebut. Tiada air mata seperti kebiasaan. Dah beberapa kali abah muncul dalam mimpi aku. Tak pasti apa maksud di sebalik mimpi-mimpi tu. Malam tadi, aku sempat memeluk dan mencium pipi abah aku (sesuatu yang aku jarang lakukan dalam hayat abah) dalam keadaan yang sangat menghibakan. Bila aku bangun tidur, aku yakin dan pasti abah masih ada, namun dipatahkan keyakinan itu dalam beberapa saat sahaja. Sedih…

Seingat aku, figura seorang ayah dalam alam kecil ku jarang dipertontonkan disebabkan abah berkerja nun jauh di puncak sana, dan kemudian berkerja di Subang sebagai pemandu teksi, maka jarang sekali abah akan berada di rumah. Tinggallah aku dirumah bersama mak aku. Setelah aku masuk ke tingkatan satu dan tinggal di asrama, barulah abah duduk sekali di kampung berkerja sebagai penoreh getah. Situasi-situasi tersebut menyebabkan aku tidak terlalu rapat dengan abah (dan itu merupakan sesuatu yang amat aku kesali)

Abah sanggup melakukan apa sahaja demi menyara kehidupan kami. Abah tidaklah berpelajaran tinggi namun syukur, anak-anak abah kini berjaya dalam kehidupan masing-masing. Kesal, abah tak dapat melihat itu semua. Alangkah bahagianya jika abah dapat melihat di mana aku berdiri ketika ini……..

Raya baru-baru ini, aku berkesempatan menziarahi adik beradik abah aku. Salah seorang adik abah aku duduk sebelah aku dan bercerita mengenai zaman silam kenangan dia bersama abah aku.

Abah kau tu , hati dia lah yang paling baik diantara adik beradik. Memang mulut dia bising, tapi hati dia baik. Masa Pak Tam kecik-kecik dulu, abah kau la yang menguli tepung nak buat roti canai nak bagi adik-adik dia makan. Sanggup balik sekolah awal daripada adik beradik lain sebab nak bagi adik-adik dia makan. Abah kau tu, makanan dalam mulut pun dia sanggup keluarkan balik nak bagi adik-adik dia makan…”

Aduhh….hampir menitik air mata aku masa dengar cerita tu tapi aku cuba tahan. Betapa hebatnya abah aku dipandangan mata dia. Abah tak pernah berkira dengan anak-anak dia. Menjadi anak bongsu, cukup beruntung buat aku. Segala kehendak diperolehi. Tapi aku tak berkesempatan memulangkan semua itu pada abah……………

I’m not good showing my love but i really do care! Kini, tinggal emak untuk aku berjasa, seorang figura yang banyak berkorban setelah kehilangan abah. Emak lagi hebat daripada kami semua sebab emak lebih lama mengenali abah. Kehilangan abah merupakan kehilangan terbesar buat emak…

Buat Abah..hanya Al-Fatihah yang mampu anakmu berikan kepada Abah di alam sana. Akanku berdoa kesejahteraan abah dan semoga kita sekeluarga  dapat berjumpa dan bersatu kembali di akhirat kelak…Amin…

 

Al Fatihah… Hj Sabtu bin Karim @ Md Isa

7 thoughts on “Memori Abah

  1. Sedey ah weh.. Buat la kenduri arwah ker. tahlil ker. Dah banyak datang dalam mimpi tu, buat la skali dekat2 ni.

    Al-fatihah.

  2. sedey nyer aku bace….nih yg membuatkan aku tak jadik plak nak pindah nih…nak hargai laa parents aku..sob sob…

  3. ko wat aku nangeh a piji.. sob sob..

    Al-fatihah buat arwah abah kau.. semoga rohnya sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya.

    I’m sure he’s proud of u man!

  4. aisey..tak berniat pun nak wat ceter sedey…cuma hargailah mereka sementara kita masih berkesempatan…

  5. nearly broke out reading this..even after 6 years after he passed away,I still sad when remembering about this..I was 11 at tht time..
    ur abah is my atuk.I regret I didn’t show up my love.
    He repeatedly tried to get me but I ran away from him.
    he got what I want,minx parent drg kinda x nk bg…so,diala yg banyak bg aq mcm2…

    Ingat lagi cerita dia yg terakhir kat aq adalah cerita zmn die gi skola,betapa peritnya hidup zmn dulu2..aq dgr,diam seribu bahasa tp mengerti dan bersimpati akn kesusahan yg ditanggungnya,cuba menyelami penderitaannya…..

    sampai la satu hari tu,tetiba….batuk yg bukan biasa2,x prnh terjadi..I wasn’t expected tht was the last voice I heard from atuk..n aq ade at tht time….took to hospital,only to be informed later atuk dh x de…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s