Uli-Uli Aidilfitri 2009

Berakhir sudah nampaknya Aidilfitri tahun ni (sebab aku dah mula kerja hari ni). Sedikit sukar ye aku nak update entry kali ni. Sedia maklum, last entry aku tu bile. Dah berhabuk, berkapang, berbau blog ni, barulah kerja-kerja pembersihan dilakukan. Arggghh idea-idea…d’ mana kamu! Haaa tahun ni raya agak istimewa untuk aku. Kerana apa? Kerana……..baju melayu aku lengkap aksesorinya dari atas hinggalah ke bawah! Biasanya, baju melayu aku tak lengkap. Tiada samping ataupun songkok & lebih teruk, baju melayu tu recycle tahun lepas punya. Baju melayu merupakan least priority bila tiba hari raya. Tidaklah berbaloi spending my penny on that clothes yang hanya d’pakai pada hari raya pertama sahaja. Tapi aku berpuas hati dengan pemilihan corak dan fabrik baju melayu aku tahun ni. Sesuailah dengan harga dia yang agak mahal itu…hmmm

Tahun ni, giliran abang aku nombor 2 & 3 beraya kat Melaka. Bunyi macam tak meriah je kan…tapi 1 keluarga je dah cukup menghuru-harakan rumah bonda tersayang. Almaklumla, lahir dalam keluarga berskala besar, cukup membahagiakan. Sehari sebelum raya, aku lebih banyak membaringkan diri di dalam bilik (tiada mood langsung untuk membantu yang lain membuat persiapan hari raya). Tau-tau je, lemang sudah siap dibakar (dengan jayanya!), ketupat dah direbus, rendang ayam + daging sudah kering santannya. Cuma tolong makan je (bila waktu berbuka tiba masanya)

(Actually, dah malas sangat nak menaip ni..aku menulis ni pun sekadar memenuhi tanggungjawab sosial aku untuk menghapdate blog)

Raya merupakan perayaan terbesar KHAS untuk kanak-kanak. Cuma kanak-kanak yang lahir pada tahun sebelum 1993 lebih bertuah kerana kepelbagaian bunga api dan mercun lebih mudah didapati sebelum pengharaman 2 perkara itu di peringkat nasional. Sedih bukan?? Aidilfitri dan bunga api seharusnya disatukan (dalam erti kata budaya melayu, bukan secara religious). Pelita-pelita juga semakin hilang dipandangan. Jiran depan rumah aku tu, biasanya akan pasang pelita sekeliling rumah, tapi tahun ni, hanya lampu lip-lap yang sangat fake itu dipasang. Sedih juga. Sama juga dengan pembuatan kuih-kuih tradisional yang kini diganti dengan kuih tunjuk (terma yang sangat kurang ajar) ataupun kuih online. Aku ingat lagi, suatu ketika dimana aku masih belum dikhatankan, sempat menolong mak aku membuat kuih ros, kuih gunting, kuih siput, kuih bahulu (yang dibakar menggunakan sabut kelapa), dan pernah sekali mengacau dodol! Along aku pun dulu rajin buat kuih ( di zaman anak-anak dara). Kuih favorite tidak lain tidak bukan ~ Kuih Tart BUNGA ~ Bunga diemphasize  kerana aku langsung tidak berminat untuk makan tart gulung hatta menggunakan ramuan dan adunan yang sama. Feelingnye lain ye. Owh ye…oven berkepala oren jenama National tu sangat berjasa kepada kami sekeluarga. Kini kami lebih selesa menggunakan khidmat pembuat kuih terulung keluarga kami – Kak Seha – A.K.A Akak ipar kepada abang aku nombor 2. Order kat dia je…kuih tart (+ Puding Caramel) sangat marvellous ye…!! Aisseyyyy…..

Begitulah perayaan raya aku tahun ni…same as usual…cuma berharap tahun2 mendatang…aku bakal dikurniakan seorang isteri (+cahaya mata) dan dapat menyambut raya bersama-sama sebagai One Happy Family….dah puas sayang anak orang..nak sayang anak sendiri plakz!

Raya2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s