Kisah Pemuda Berbaju Pink…..Siri II

…..Asrul banyak menjaga aku. Terlalu berbudi pemuda ini dalam kehidupan aku. Dialah orang pertama yang aku “call” saat kematian arwah abah aku ketahui. Dia jugalah yang menolong keluargaku di Melaka bila tahlil arwah dilakukan. Aku turut mengajar dia pergi menonton wayang. “Charlie Angels:Full Throttle” merupakan filem pertamanya. Asrul jugalah yang berjaya mempengaruhi aku untuk berkopiah bila ke kuliah dan menyertai kumpulan Tabligh. Aku hampir-hampir keluar dari liang hitam yang sehingga kini menghantui hidup aku. Abang aku sangat suka kehadiran pemuda ini dalam ruang lingkup sahabat aku. Dia tahu pemuda ini mampu membimbing aku ke jalan yang benar (walaupun ada beberapa rakan yang tidak bersependapat dengan aku).

Bila tiba semester ke-2, Aizat telah membeli motosikalnya sendiri. Maka, kami tidak lagi bersama-sama untuk ke kuliah. Hanya aku dan Asrul menggunakan motor tu. Sedikit demi sedikit, Aizat mula keluar mencari jalannya sendiri walaupun kami tinggal dalam kolej yang sama. Hakikatnya, aku dan Asrul turut mencari haluan masing-masing. Bosan? Aku sendiri tak pasti. Asrul mula melibatkan diri secara aktif dalam persatuan-persatuan bercorak spiritual tapi tidak aku. Bukanlah aku menolak cuma ia bukan untuk aku. Ketika itu, aku menjadi ketua editor bagi buletin kolej, yang mana ia bakal menjadi buletin pertama yang diterbitkan oleh kolej kami. Oleh sebab itu, aku lebih rapat dengan Razif, teman sekuliah yang bersifat antagonis jika dibandingkan dengan Asrul.

Asrul aku lihat terlalu aktif berpersatuan sehingga banyak persoalan ditimbulkan terutamanya berkaitan dengan pelajarannya. Aku sedikit sebanyak terpengaruh dengan persoalan itu tapi tiada apa yang aku lakukan. Maaf sahabat…tapi aku sangat bangga dengan apa yang kamu sudah miliki kini…..

Semester 2 merupakan semester kehancuran buat aku. Aku masih gagal mengadaptasi kehidupan sebagai seorang  siswazah. Tidak fokus dan lebih banyak bergembira. Tidak sedar perbuatan itu memakan diri. Walaupun titis-titis jernih mengalir bila mendapat keputusan peperiksaan akhir semester 1, tapi ia tidak mengejutkan aku daripada mimpi yang kian panjang. Semester pertama yang sepatutnya boleh mencapai 3.5 ke atas, aku 3.0 pun tak lepas. Betapa hampanya aku. Aku hampir-hampir menemui titik kegagalan pada semester kedua. Keputusan akhir semester 2 telah mempengaruhi setiap keputusan akhir yang bakal aku perolehi untuk 3 tahun yang bakal mendatang……..

…..kisah semester paling pendek (+paling happy)…

CB058339

11 thoughts on “Kisah Pemuda Berbaju Pink…..Siri II

  1. antagonis = bertentangan…tp tidak bermaksud ko kurang baik dr asrul…haha ala..paham2laa kann

    nak panjang2x ka? pas ni arr…semester pendek banyak kisahnye….

  2. teruk btul cara penceritaan ko nih. ko rajin bergembira ke masa blaja? aku tengok ko rajin jer study dkt meeting room KIZ. siap ader group discussion lagi. aku yg pompuan nih naik segan pasal tak mcm ko. pulak tu..kalo ader last year paper..ko gak org pertama yg lengkap koleksi dkt ibu zain tu..cuak aku tgk kemampuan ko utk amik exam..sudahnyer aku terpaksa gak beli hp gara2 nak amik last year paper dari ko..hehheheh

  3. itu luaran aje….dalam kosong..sifar!! haha
    takpela..kesah dulu2..
    adik2x sila amek pengajaran ye….

  4. Bercakap pasal Asrul, aku jumpa dia kat Menara TM tadi. Dia kerja kat TM Global. Best tol.. Jaga US, Hong Kong, UK etc..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s