Kisah Pemuda Berbaju “Pink”….(Siri 1)

ukm

Sebenarnya, aku nak membongkar kembali pengalaman selama 4 tahun aku bermukim di sebuah institusi pengajian yang telah membawa aku ke satu tahap yang membanggakan. Tajuk di atas semata-mata kerana aku memakai baju “pink” saat aku menekan-nekan papan kekunci ini bagi menghasilkan “entry” terbaru ni.

Selepas tamat pengajian di matrikulasi, aku meneruskan sesi pembelajaran sepanjang hayat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di Bangi, Selangor. Walaupun pada awalnya aku berhajat menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), Penang tapi dibantah keras oleh emak. Jauh katanya. Mungkin kerana keadaan kesihatan arwah abah pada saat itu tidak mengizinkan menyebabkan emak tidak senang dengan keputusan itu. Emak juga mungkin risau aku berseorangan di wilayah yang tiada satu pun saudara mara aku menetap di sana. Sudahlah jauh, ditambah pula dengan aku yang tidak bisa hidup berkendiri. Mungkin pertimbangan emak benar dan tepat atau mungkin segalanya akan berlainan jika aku meneruskan pembelajaran di sana?

Aku mengambil jurusan Kejuruteraan Komputer dan Komunikasi. Jujur aku berseloroh, aku tidak tahu mengapa jurusan itu yang aku pilih walhal aku lebih terarah kepada biding kimia. Aku terpesona dengan ikatan kovalen dan ionik yang menjadi asas kepada setiap “substance” yang wujud (walaupun aku masih gagal mengingati turutan “compound” yang wujud pada jadual berkala). Ahh..aku lebih memikirkan peluang kerjaya yang  lebih terbuka jika aku mengambil jurusan berkaitan dengan komputer. Pengaruh daripada ledakan Y2K mungkin.

Hari pendaftaran aku ditemani emak dan abang aku yang memang menetap di Bangi. Arwah abah tidak dapat menghantar aku kerana masalah kesihatan. Dah tak boleh berjalan jauh (tanpa disedari kurang 3 bulan sebelum arwah abah meninggalkan aku selamanya). Aku yakin, arwah abah bangga dengan aku walaupun tanpa ditutur jelas daripada mulutnya. Aku ditempatkan di Kolej Ibu Zain, sebuah kolej yang boleh dikatakan baru, gah tersergam di atas bukit. Bersyukur sangat dapat kolej sesempurna ini. Penghuninya tidak ramai dan yang paling aku rindui hingga sekarang, pemandangannya yang indah, melihat neon kuning menyala bila malam menjelma. Apatah lagi selepas hujan, mahu ditarik selimut itu ketat-ketat. Sejuk! Owh, kenangan terserempak dengan babi hutan dan pengalaman ngilu makanan dicurik monyet tidak ketinggalan…

kiz

Housemate aku, Bob pemuda berbadan “semangat” ini yang cukup ramah bila berbicara. Sangat popular, hingga dikenali setiap penghuni Kolej Ibu Zain(KIZ) namun tempias popularitinya langsung tidak mengenai aku. Aku kekal sebagai pelajar yang sederhana dan hanya selesa dalam lingkungan rakan sekuliahku. Rakan-rakan baik aku ketika itu Asrul, Aizat, Razif, Alip (walaupun sedikit lewat), Saleh, Amiruddin dan beberapa lagi rakan sekuliahku daripada berlainan jantina. Paling rapat saat itu Asrul dengan Aizatlah sebab kami bersama-sama ke kuliah, berkongsi sebuah motor Kriss hasil sumbangan ihsan abang aku. Memandangkan jarak kolej dan fakulti yang agak jauh, sekitar 1.5KM, manakala menaiki bas merupakan azab yang tiada kesudahan, mendapat kemudahan menunggang motor sudah cukup bertuah ketika itu.

Oleh kerana motor tu hanya sebuah, maka kami akan bergilir-gilir menggunakannya. Mujur waktu kuliah kami sama, jadi tidak banyak masalah yang timbul. Asrul lah yang sangat berbudi ketika itu, sanggup berulang-alik kali untuk mengambil aku dan Aizat. Biasanya dia akan menghantar aku dahulu ke kuliah sebab Aizat suka bangun lambat. Tidak terkira rasanya berapa kali tayar motor tu pancit. Namun, segala kepahitan yang kami ber-3 alami masa tu, sangat manis dikenang ketika ini. Transisi perubahan kepada persahabatan kami ber-3 bakal berubah bila semester-2 bermula……akan bersambung ♥♥

19 thoughts on “Kisah Pemuda Berbaju “Pink”….(Siri 1)

  1. hehe..nasib la asrul nak amik aku pepagi..kekadang die tak amik langsung..
    sbb aku mmg tak bangun..hahah

  2. aww..this is so classique la darl!! hikhik sungguh buat i rindu UKM!!!! uuuwaaa mao pulang sana nikmati hari2 tanpa beban. Bebas dan heppy sentiasa…. Yg paling penting leh enjoy! apsal i xkenal u time ukm ek….

    cepat2 sambung…..

  3. Perghh..nostalgia nyer kisah ko tu..but don’t worry because i’m still remembered the 3 guys with the red modenas…like the three musketeers/stooges..go to class together..hehheheh..

  4. mesti ko tak pasan aku pon dak KIZ kan???huhuh…aku laa org yg kene naik tangge yg tinggi giler menembusi asrama lelaki tuh dan menunggu bas..kalo balik kelas petang,jgnla bwk beg plastik, kalo tak habes diterkam berok.huhu!!apsal aku tak nampak ko ek naik moto…kalo tak bley tumpang.heheh!eh sambung laa cepat..ala part aku mesti mase episod terakhir..uwaaaaaaaa!!!!erk, ke aku tak tersenarai sebagai pelakon??palakon tambhan pon tak?

  5. Take…ko nanti jadi watak utama bila part rakan baik aku dirampas seseorang..nantikan kemunculannya…hahaha
    pasti menusuk kalbu dan meruntun jiwaaaaaa….

  6. Hi dik Megat…

    its me ur sis….from KC 1st batch.

    tak sangka ada someone from kc yg sudi shares memories…

    yap… i read ur kc writings…..and nice pics too.
    i juz love the cafe pic….keeps remind me of that day…at that moment…
    i saw his shining face…tp nak buat mcm mane…dah jadi hubbby dan father org pun….hanya tinggal kenangan…
    cikgu2 mmg best…and for us the 1st batch…i wonder how kc end its days yea…
    hope you or we both could write that one.
    feel free to email me dik…
    i also got a story…but dont know where to start….

  7. aizat…aku asek pakai baju biru ke baju biru yg same?erk..kantoi laa plak~aku ingt takde org pasan asek pakai bj same..hahah

  8. ini bermakna, aizat penah jatuh hati dgn take suatu zaman purba dahulu
    sampai kaler baju take pun dia tau

    ejat..sile beri keterangan skang!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s