Diari KB Bahagian 2

Dalam ramai-ramai penumpang pesawat itu, aku seorang sahaja yang paranoid, takutkan babi dalam versi virus pembunuh sebab aku pakai topeng muka.  “Macam doktor bedah pulak” bisik hatiku bila menuruni tangga pesawat itu..Teringat kisah seorang sahabat yang berangan memakai gaun tatkala turun dari tangga masjid selepas sudah solat terawih…

Jauh beza suasana lapangan terbang Sultan Ismail Petra berbanding dengan lapangan terbang Sultan Abdul Halim kat Kedah sana. Kedai-kedai kat sana lebih meriah dan banyak pilihan. KFC pun ada sekali. Aku menanti kehadiran En. Zul yang aku sendiri tak pasti macam mana rupa bentuk fizikalnya. Hanya suaranya yang ku dengar dalam corong telefonku. En Zul ni kontraktor yang dilantik oleh pihak syarikat bagi membantu aku membuat kajian tempatan kat sana. Oleh sebab aku tak kenal Zul ni, maka berlakulah insiden yang tak beberapa nak malu la. Dia dah cakap kereta dia jenis  Kembara warna Merah tapi aku tetap usya sebuah kereta yang berfungsi  seperti Kembara tapi berwarna biru. Aku tengok pemandu ni macam menunggu seseorang. Aku cuba telefon Zul untuk dapatkan kepastian tapi talian terputus pulak. Dengan selamba badak, aku bukak pintu kereta tu dan tanya driver tu..”En Zul ke?” “Bukan”. Ringkas tetapi cukup membuatkan aku menutup kembali kereta pacuan 4 rodanya itu. Mujur topeng virus babi tu menyelamatkan aku daripada dirakam oleh kotak minda pakcik itu. Alangkah malunya jika aku berlari-lari anak meninggalkan pakcik tu sambil menekap muka dengan kedua-dua belah tanganku….my judgement still on kannnnnnnnnn

…..kisah bagaimana aku menjalankan tugas terpaksa diforwardkan demi mematuhi akta-akta rahsia syarikat ……

Tiba di Hotel Renaissance setelah berpanas terik di hutan belantara itu. Hotel yang berada di tengah-tengah bandar itu kurasakan menarik tapi masih biasa-biasa aja. Tak sabar aku nak telentang sambil berpakaian ringkas…oppss…di atas katil yang confirm empuk tu. Bila segala kewajipan selesai ditunaikan, aku bersiap-siap untuk turun menjelajah bandar yang kali terakhir aku jejaki ialah 10 tahun dahulu. Tentu banyak perubahan kan? Sayup-sayup aku nampak KB Mall yang sentiasa diperkatakan. Nak ke Pasar Siti Khadijah terlalu jauh pula. Apakah daya aku nak kesana tanpa pengangkutan, ditambah pula fobia naik teksi secara solo. Maka gigihlah aku berjalan 800m untuk ke KB Mall yang mana aku pasti, isi kandungannya sama sahaja dengan pusat membeli-belah yang lain. Secret Recipe, McD, KFC, A&W..sama je kan dengan Warta kat Bangi tu? Hehe. Tiada apa yang menarik minat aku, kecuali sebuah buku berbaur sarcastic secara terbuka mengkritik Malaysia…Hmm menarik bila aku terbaca satu perenggan itu yang mana golongan kerabat di Malaysia bengang dengan perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza yang mendapat liputan secara meluas berbanding dengan perkahwinan diraja yang hanya termuat dalam Majalah Nona atau Wanita. Whois the real princess now?? Dan juga bagaimana seorang penuilis mengkaji bagaimana senibina sesebuah bangunan melambangkan idealogi politik seseorang pemimpin.

Lantas aku beli beli buku yang bertajuk “New Malaysian Essays”, himpunan cereka non-fiction daripada beberapa penulis dihimpun dalam satu naskhah. Aku  bukanlah jenis yang suka membaca tapi adalah satu perkara yang bermanfaat jika aku cuba memupuk minat itu (walaupun umur sudah menginjak ke zaman purba). Makan malamku hanyalah pancake A&W, Ayam Goreng McD, dan juga Double CheeseBurger. Rugi. Bermukim sementara di tempat orang namum gagal menikmati keenakan masakan tempatan. Tiadalah bezanya aku dengan Ah Beng & Kupusamy yang kini berada di Bukit Bintang, menikmati hidangan yang sama dengan aku…Hmmm Bukit Bintang ada ke A&W yang kian pupus di tanah bertuah ini??

Malam itu aku ditemani kupu-kupu malam yang hanya memerhati dari luar kamar tidurku….yang setia merenung aku sehingga tibanya hari baru………

Pagi itu, aku nekad untuk makan sesuatu yang baru selain daripada menikmati hidangan sarapan pagi yang sangat stereotype dikebanyakkan hotel. Walaupun aku terpaksa berjalan sejauh 500m untuk menikmati nasi kerabu, pulut+ikan masin+ikan tamban, dan juga cabai bercicah kelapa parut, tapi aku sangat puas hati. Bukan senang nak jumpa makanan tu terutama pulut tu. Aku terfikir, kenapalah aku jarang sangat dapat menikmati makanan tempatan setiap kali aku outstation? Mungkin sebab aku sorang saje, tiada yang menarik menikmati segalanya jika aku sorang je…atau teksiphobia?atau transport-less

Kira-kira jam 400 petang, aku selamat tiba di LCCT disambut penuh gembira oleh Azri, Aidi dan Kak Zu (officemate aku). Sempat berjenaka sehingga keluar air mata dalam pada menuju ke Shah Alam…

Letih……..

Adakah topeng ini yang harus aku pakai untuk elak selesema babi?

Adakah topeng ini yang harus aku pakai untuk elak selesema babi?

nak lebih Vogue, pakaila face mask cengginih

nak lebih Vogue, pakaila face mask cengginih

Alahai bestnye mende nih!!!

Alahai bestnye mende nih!!!

2 thoughts on “Diari KB Bahagian 2

  1. siannyer ko. kalo kat kg, pulut tu makanan rutin dah wat brekfes. hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s