Diari Kota Bharu

kelantan

Minggu lepas…….

“Hafizi, kau ada nak pergi site visit tak minggu depan? Tolong Ikmal buat site survey kat Kelantan. Nak tengok LOS blocking”

Hati berbunga-bunga. Dapat pergi tempat baru walaupun itu bukan skop tugas aku pergi ke jajahan Cik Siti Wan Kembang. LOS blocking turut membawa erti aku harus memanjat menara yang berketinggian 60m atau kurang dan melihat tiada sebarang pokok-pokok kelapa atau bangunan yang boleh menghalang pancaran frekuensi setinggi 23GHz. Terlalu teknikal penulisan ini bagai membaca buku rujukan ketika aku masih bergelar siswazah.

Tempahan tiket kapal terbang yang dibuat di saat-saat akhir melayakkan aku duduk di tempat yang paling belakang sekali, bersebelahan dengan tandas. Agaknya itulah sebaik-baik tempat bagi mereka yang suka melakukan tugasan di saat-saat akhir. Bagai mengucap syahadah tatkala nyawa tiba di halkum. Tempat duduk aku, 31C bermakna paling hujung sekali, bersebelahan dengan laluan di tengah-tengah tu. Ruang kelegaan diantara 2 kepala lutut aku dengan seat dihadapan hanyalah sekadar 1cm, dan terus memberi erti bahawa  aku perlu bangun dan keluar jika ada penumpang yang ingin duduk di 31A dan 31B.

31A telah selamat diduduki oleh seorang gadis cina, dah aku berharap penumpang 31B telah ketinggalan teksi dan terlepas penerbangannya (supaya aku tak perlu bangun jika dia nak masuk ke seat nya tu). Apa masalahnya nak bangun untuk 1 minit untuk bagi penumpang tu duduk? Aku tak kisah Cuma….(tiada jawapan yang konkrit mampu aku berikan…). Rupanya penumpang itu tidak ketinggalan teksinya. Menepati masa mungkin peribadi penumpang itu yang merupakan seorang lelaki dalam lingkungan 30-an. Hadir bersama teman lelaki (hanya sekadar teman) yang berpakaian segak bagai perlu menghadiri mesyuarat penting di Kota Bharu sambil membelek-belek iphone yang baru dibeli malam kelmarin.

Tempat duduk mereka terpisah, masing-masing di 31B dan 32A. Lelaki berpakaian segak itu aku namakan Alias manakala temannya yang tidak kisah langsung apa yang dipakainya aku namakan Samad. Bila aku lihat Samad hendak duduk di 31B (sebelah aku), bingkas aku bangun dan beri laluan kepadanya. Lama juga aku berdiri bila Alias menyuruh 2 lelaki cina itu masuk kedalam (supaya lelaki cina itu tak perlu keluar ) namun ditolak baik kerana lelaki cina itu takut duduk ditepi tingkap. Tawar menawar yang berlaku agak panjang dan Samad masih lagi tidak masuk ke tempat menyebabkan aku rasa nak tolak sahaja mereka-mereka keluar dengan harapan masing-masing tersepit di celah-celah bilah kipas kapal terbang Air Asia itu!

You bunch of idiot!! Check your ticket and sit at whatever they print on it”

Hati aku berkata, tapi mulut masih terkunci. Samad mungkin penat berdiri (kerana badannya yang sedikit berisi) lalu duduk ditempatnya. Aku pun turut duduk dan terus memakai tali pinggang keselamatan. Tiba-tiba Alias menyapa aku…

“Boleh tukar tempat duduk tak?”

Secara tiba-tiba aku berada 32C. Eh….hmmm aku dah bertukar tempat dengan Alias. Malas nak layan mungkin. Atau dia tak boleh berenggang dengan temannya itu walaupun untuk 1 jam. Bak membeli roti sandwich berharga RM10 dalam kapal terbang…membazir sangat. Aku duduk lah disebelah 2 orang lelaki cina yang sibuk menutup telinga masing-masing dengan earphone sambil mendengar lagu-lagu opera Cina(mungkin).

Menanti kapal terbang untuk betul-betul terbang merupakan proses yang sangat bosan. Prosesnya panjang tapi itulah sebaik-baiknya. Tiada apa yang aku boleh buat melainkan melihat gelagat sekeliling. Alias diseberang aku mempunyai personaliti. Mungkin ada sesuatu yang aku boleh umpatkan. Andaian mula dibuat dan proses penelitian bermula. Cahaya matahari yang terang dalam kapal terbang membuatkan Alias mengenakan cermin mata gelapnya atau sekadar menutupi eye bag kesan daripada tidur lewat. Dalam genggamannya tidak lepas Iphone dan blackberrynya. Asyik dia menekan-menekan kekunci virtual pada Iphone itu walaupun ketika itu anak kapal telah memberi peringatan untuk mematikan segala alat telekomunikasi. Tiba-tiba Alias mengangkat tangan memanggil anak kapal bertanya kenapa tali pingganG keledar perlu ditanggal ketika kapal terbang sedang isi minyak (hakikatnya mengisi gas cecair). Soalan itu dijawab sopan oleh anak kapal yang merupakan gadis cina yang pelat bahasa melayunya. Selang lima minit, tangan diangkat lagi. Mungking dia terpesona dengan keayuan anak kapal tadi dan terus bertanya soalan kedua

“Hot Seat tu apa bezanya”

Owh aku amat nantikan soalan ini. Dalam Air Asia ada 44 seat yang dipanggil hot seat. Seat ini lain sikit sebab lebih selesa dan akan diberi peluang untuk naik pesawat terlebih dahulu berbanding dengan penumpang lain. Bagus soalan tuh. Alias masih lagi bermain dengan iphone itu sehinggala ditegur anak kapal supaya menutup gajet itu. Mungkin itulah niat Alias supaya nampak jelas yang dia memiliki Iphone ataupun itu hanyalah salah satu kesimpulan untuk aku yang mengidam gajet yang sudah hilang exclusive sejak Maxis membawa masuk ke Malaysia (anyone can have that device now)

Kapal terbang terus meluncur laju ke Kota Bharu dengan kelajuan 800km/j. …….

Diari ini akan bersambung untuk bahagian kedua….Setelah mendarat…..

Tiada kaitan dengan isi kandungan entry kali

Tiada kaitan dengan isi kandungan entry kali

One thought on “Diari Kota Bharu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s