Bermalam bersama Megat

Tajuk tu tak bermakna kau-orang semua boleh serbu teratak ringkas aku dan bersempit-sempit atas katil bujang berkaki empat ni. Incest dan tidak halal disisi agama ya. Tapi pendahuluan karangan ini dibuat tepat jam 1111PM, dan tak semestinya ia akan dihebahkan pada umum pada jam 1130PM. Secara sinis aku menyindir daya imaginasiku yang akhir-akhir ni sukar untuk diungkap dalam bentuk tulisan-tulisan yang boleh dibaca dan difahami. Malas mungkin..ataupun perjalan hidup aku yang mendatar…atau mungkin terlalu banyak yang perlu dirahsiakan…pilihlah mana satu sebab apapun jawapan yang dipilih, tidak memberi kesan secara langsung dalam hidup pelawat blog picisan ini.

Kelahiran yang mengujakan

Semalam, 30June 2009, kelahiran yang dinanti selama 2 tahun akhirnya menemui titik penamatnya. Sahabat rapat aku, Amirudin & Fatimah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan Muhammad ‘Aqil. Sesuatu yang pasti, aku terlalu ghairah dan teruja menantikan insan ini lahir, bagai menyambut anak sendiri (secara biologi). Masih segar suatu ketika dulu, bila mana Fatimah dengan muka murung datang ke pejabat, lantas aku tanya lah kan..”Kenapa..?” “Masih negative lagi lah…”. Selalu jugak dia bersungut ” Ko tengok badan aku ni, besar macam orang pregnant, padahal kosong je dalam ni..!!”. Bagai semalam juga aku rasakan, kami beramai-ramai pergi makan tengah hari di Carrefour Wangsa Maju dan Fatimah secara tidak sengaja terkantoi membeli pregnancy test. Walaupun kit tu yang paling murah dalam banyak2 kit yang dia beli, tapi kit itulah permulaan kepada sebuah perjalanan Muhammad ‘Aqil. Segala-galanya sangat pantas berlaku. Bukan ke kelmarin Amir kejutkan aku dari tidur dan mengajak aku pergi makan kat Mapley Fariz Maju…?? Jadi bapak budak dah sekarang…

Assasination of Trust

Hari ni dah masuk 3 kali perjumpaan secara casual kami dibatalkan. Entah apa malangnya nasib, segalanya bagai serba tak kena walhal hari sebelumnya, nampak seperti ianya pasti akan berlaku. Aku mengharapkan sesuatu akan tercetus, bagai mencuba pregnancy kit murah (walaupun senarionya berbeza). Walaupun terdapat perasaan gusar dan was-was mengenainya, namun aku harus mencuba membiarkan sesorang masuk ke dalam dunia aku tanpa pelbagai syarat remeh dan pelik. Biarlah waktu itu menjadi hakim dan pemerhati terhadap kisah yang belum ternoktah lagi penamatnya…

Sahabat itu bukan mainan politik kamu

Dengan siapa yang aku ingin dampingi tidak seharusnya dibatasi dengan politik yang sarat dengan keinginan peribadi individu. Seharusnya ia harus bebas daripada sebarang motif dan ikhlas sepapatunya menjadi alasan utama mengapa kita ingin berkawan dengan individu yang lain. Senarionya kini dilihat, jikalau proksi individu itu jauh menyimpang daripada proksi individu yang lain, kita dianggap sebagai membantah atau pemberontak hinggakan individu disekelilingnya turut terkena tempias yang sama. Bagi aku, mudah saja. Jikalau aku senang berkawan dengan kamu, bermakna kamu ialah sahabat walaupun proksinya berbeza. Mungkin aku sedikit gentar dilabel sebagai penyokong pasukan lawan yang tidak popular tapi kamu adalah sahabat. Tak kiralah kamu berada di dalam kumpulan yang disokong atau ditentang.

Kesimpulan

Make everything easy. Think simple.

2 thoughts on “Bermalam bersama Megat

  1. Hehehe.. kenangan terindah tu.. So sekarang ni ada orang ajak ko laki tak nak gi sarapan pagi2?🙂 Thanks Piji for your wishes and special entry to Muhammad ‘Aqil.

  2. haha korang pun tau betapa excitednye aku pasal ‘Aqil nie…cepatlah upload banyak2 gambar kt facebookk….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s