Gabai Ultimatum

7.00 Biasanya, hari Ahad memang aku tak set alarm kat henfon sebab almaklumla…hari minggu kan..tapi hari ni awal-awal dah bangun. Janji 930am nak berkumpul kat Bangi, so tak mau lewat. I’m very punctual guy dear haha

830 Amek Farouk (Yop) kat Stesyen Komuter Bt 3 since dia dah terlepas simpang ke rumah aku. Can’t remember when was the last time I met him..One thing for sure u noticed bila dah lama tak jumpa is about their weight..and yeah…Yop put on some weigh haha..(so do u Mister!)

920 Sampai kat Petronas Fasa 4 Tambahan..lepas Yop hilang mencari tandas, Alip sampai. Zahrati dengan Dila pun dah sampai. Menanti geng-geng Anis yang didakwa oleh Zah bakal tiba lewat.

935 Singgah sebentar ke Mapley Fariz Maju yang dah lama aku tinggalakan. Kat sinilah dulu port aku makan-makan bila lepas habis study, layan AF2 dgn AF3, etc. Banyak nostalgia kat sini. Terserempak pulak dengan pasangan yang bakal bertunang bulan depan, Mawar dgn Atat. Apa lagi..kami kacau daunla.

1045 Masih ternanti-nanti kelibat Anis. Takde jugak..mungkin sebab drive kereta baru yang speed dia tak boleh lebih 90km/j haha..lawak giler…habis Kema kene sindir..wekekeke…ye arr sape tak sayang kereta baru kan.

1125 Masih bau kedai lagi kete Kema..tak bagitau pun ko da rembat kete baru kan. Nampakla kelibat Anis, Patem,Ena,Yani, dengan Kema. Masing-masing dah tak sabar nak buat terjun tiruk dalam Sg Gabai sebab panas jugak hari tu.

1301 Tiba di Gabai. Diaorang caj satu kepala RM1 untuk masuk situ. Melihat deretan kereta yang berselerak macam orang pergi Jom Heboh, dah boleh agak, mesti ramai giler H1N1 orang yang mandi kat situ kan.

1320 Pendakian yang mencabar. Tinggi sungguh nak capai spot yang best untuk mandi. Bermula dengan tangga yang dibina sempurna hinggalah kepada trek yang maha licin dan sempit. Kat tangga tu lagi ramai dah surrender dan pancit. Giler penat..aku dah macam orang baru habis mandi. Lencun baju aku. Sebab ramai sangat, kami panjat lagi ke atas sampai jumpa tempat yang privacy (yang rasa-rasa kalau nak buat video 3gp lepaslah). Takut jugak kalau yang lain-lain tak lepas nak ke situ sebab jalan dia tak proper, tapi Alhamdulillah semua sempat tiba tanpa sebarang insiden tidak diingini. Tapi sempat jugak selipar patem tercabut tapak….wakakakaka

1345 Jumpa spot yang boleh dikatakan OK. Nak ke atas lagi rasa macam tak boleh je. Kira atas habisla. Kami bentang2, bukak2, salin2 apa yang patut. Makan time..Lapar da..Macam-macam ada hasil sumbangsih individu2 yang join, macaroni & spegetti, chicken nugget, sandwich, buah-buahan, jajan, dan air.

1505 Beberapa insan dah berendam dalam air yang sejuk banget itu.  Aku memang pantang jumpa air terjun sebab air dia natural kan..tak kesahlah air apa yang dah dicampur kalau nak compare dengan swimming pool, lagi scary kan.

Macam-macam aksi dan cerita terkeluar masa berendam tuh. Tau2 je la..bukan senang nak berkumpul macam ni. Alip dah simpan semua tu dalam handycam dia. Alip sila pos sekarang hasil2nya kepada kami!

1600 Kecut segala organ luaran dan dalaman baru kami nak turun. Kekdahnya, turun lagi senang kan..Kaki semua dah mengigil bagai nak rak masa turun tangga tu. Mungkin dah penat atau sejuk. Next stop BOWLING. Mood ala2 macam dah takde, tapi gagahkan jua.

1830 Menanti turn nak main bowling kat Metropoint Kajang. Aku yang pakai macam apek nak pergi jual sayur (sebab tinggal singlet je yg ada..nasib bukan sleeveless punya style), tunggu jugakla dengan mata yang seperti dibius separuh. Talking about my eyes, there’re 2 chinese people asking me am I have a chinese decent…terkentut seketika bila tengok kulit aku yg gelap ni..tang mana datangnya keturunan cina tu..katanya tang mata aku yg sepet tuh…errkk sejak bile?

2000 Habis satu game bowling. 1 je la..sebab dah penat. Kitaorang decide nak dinner kat tempat favourite bagi semua orang BBB Tom Yam. Owh goshh..u don’t know how much I missed this place. They serve an awesome Tom Yam yang smpi sekarang tak bley ditandingi oleh mana-mana kedai. Semua order benda yg sama.. Tom Yam..perghhh licin aku hirup kuah tom yam tu…sedap..still tak berubah rasanya. Thanks to Alip sebab belanja kami.

2230 Lepas habis masing-masing bergossip, it’s the end of the day. Thanks guys for making it possible. Perhaps next destination? Pulau Redang? Anis..ko kene arrange arr haha

Pendakian yg baru bermula..tapi ramai yg pancit...

Pendakian yg baru bermula..tapi ramai yg pancit...

Baru separuh jalan..nafas pun tinggal separuh

Baru separuh jalan..nafas pun tinggal separuh

Gaya stendet Anis..PeAcE YaLL!

Gaya stendet Anis..PeAcE YaLL!

cover untuk majalah Mangga bulan Jun

cover untuk majalah Mangga bulan Jun

Kema purak2 lemas

Kema purak2 lemas

Terkenyit-kenyit ko Zah

Terkenyit-kenyit ko Zah

See Ya Again!

See Ya Again!

10 thoughts on “Gabai Ultimatum

  1. Kalo aku ikut ritu..mau nyer aku terbersalin ms nak naik tuh…mmg giler tinggi.aku ingt dulu ms kitorg pegi time abes exam, ms turun baju da kering….hahah~tak yah tuko baju da…balik teros~
    eee…fizi tunjuk body~ko nak ngorat sape tuh….seb bek aku tak pegi..tak lula tgk fizi…uweeekkK~ekeke…..

  2. Piji dengan alip giler daring arr… Blog ni dah kire kategori 18sx nih.huhu.. Pijie, dah balik melaka nanti jangan lupe CD aku, pastu mintak tolong ko sendkan pade email aku ea… “razifr@antarasteel.com.my”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s