Random Obscene Fact About Lalalalalala

1-     Kehidupan aku kian terumbang-ambing. Ditolak kekiri dan kekanan. Dihitam dan diputihkan. Segalanya menjadi perlahan dan sukar untuk aku tembusi. Pelbagai aksi stunt dan extreme aku cuba buat, tapi sangat susah nak dapat. Baru aku tersedar dari lena bahawa “Kelajuan Broadband Celcom” bakal menjadi satu komoditi yang sangat sukar untuk diperolehi seperti mana yang bakal menimpa nasib minyak mentah pada 2050. Pssst…patutlah dalam phonebook telepon cikai (bak kata anak2 buah aku tuh) aku letak nama celcom broadband sebagai Celcom Bangang (tidak berniat merendah2kan kampeni telco yang lain ye!!!)

2-     Bandwidth Controlled!! You are under my provision. Aku tak boleh memanipulasi talian internet kat ofis sesuka minda aku saje sebab setiap byte yang terjerumus ke dalam hard disc laptop aku, ia akan disimpan di dalam database “Helpdesk” dan setiap akhir bulan akan tersenarai nama-nama mereka yang paling banyak menggunakan Bandwidth dalam bulan semasa. Kalau rasa-rasa tak nak nama naik dan dipandang serong oleh golongan kasta tertinggi, pandai2la focus pada kerja saja (facebook dimaafkan)

3-     Kekosongan bila balik ke rumah. Sangat kosong. Mungkin takde peti ais untuk aku simpan Marigold Peel Fresh. Mungkin juga takde MTV sebab TV pun takde. Atau aku tergamam seketika melihat timbunan baju2 ternoda dan aku menjengah ke dapur, tiada riak2 wajah mesin basuh menjelma. Munkin juga aku ingin berbicara, tiada siapa yang ada kt rumah. Hanya aku dan diri aku.  Mungkin aku patut menenangkan diri aku dengan berenang2 di kolam jadian di hadapan rumah, tapi apakah ertinya jika renangan itu hanya aku dan diri aku. Aku dalam proses mencari tempat perlindungan yang baru tapi usaha itu masih menemui jalan yang suram. Sukar rasanya mencari tempat yang tiada terma “aku dan diri aku” sahaja tapi mesti ada punya. Tunggulah 2-3 minggu lagi.

4-     Subjek. Dekat opis, ada satu mamat. Aidi namanya. Aku dan Wan Hamdi (rakan opis jugak) suka menjadikan rakan ni sebagai subjek bahan tawa dan penghilang duka setelah separuh hari memerah otak melayan kehendak2 yang merepek. Kenapa subjek? Kalau kamu ingin ketawa, kamu mesti mempunyai sebab kenapa kamu ketawa. So Aidi dijadikan asbab dan musabab untuk kami melupakan seketika kegawatan emosi di dalam ruang lingkup pejabat. Tapi kami tak bermaksud apa2..Cuma sekadar hiburan sampingan. Kami tahu kamu suka dijadikan subjek hahahahah (gelak2 sambil mengorek idong tanpa isi)

5-     Sosial terhalang. Sejak berpindah ke Shah Alam, aku rasa banyak perkara yang tak boleh aku buat lagi. Segala-galanya aku rasa macam jauh je. Orang jelak dengan life kat KL ni, tapi aku rasa kalau ko pandai nak handle, ia jadi senang jugak. Entahlah..apa yang aku nak pun, aku pun tak tawww. Aku taw tapi tak boleh nak tulis kat sini. Obscene sangat.

6-     Sinikal. Aku suka tengok orang yg sinikal ni. Segala-galanya dibalas dengan kata-kata sinis..tapi aku lebih suka tengok orang yang dapat membalas sinis dengan sinis. Buku bertemu ruas. Baru puas hati aku. Eh…motif??

7-     I don’t give a shit? Bunyik macam selfish punya manusia kan tapi orang tuh perasan bagus sebenarnya

8-     Live in denial. I don’t give a shit about it…..Ehh??? ????????????

2 thoughts on “Random Obscene Fact About Lalalalalala

  1. Emm…kusut gak tu. Jom gi sauna kat Palace Beach and Spa Resort. Lepas pekena sauna, boleh gi mandi kat pantai buatan. Sapa nak ikut?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s