nOrthEn WoRkiN’ HoliDAy Wrap Up

Sweat~~~~

Akhirnya, habis juga kerja kerja-kerja aku kat Kedah & Perlis. Seminggu aku bertapa kat sini menziarahi stesyen-stesyen pemancar DiGi yang rata-ratanya ada kat kawasan ceruk-ceruk kampung disertai dengan nama-nama yang pelik juga ya. Penat bercampur legam di serata kulit yang terdedah kepadan sinaran UV. Suhu yang giler-babeng panas sekarang ni tidak membantu langsung. Takde langsung hujan kat sini. Kejap panas, kejap sejuk. Sebab kalau dalam cabin DiGi tu suhu dia yang amat sejuk, bila keluar je suhu panas tak terhingga. Nasib tak demam dek penangan renjatan suhu yang terlampau.

Aku datang sini ber-2. Kami sebenarnya nak buat audit kepada frekuensi stesyen-2 pemancar DiGi nieh sebab Kementerian Telekomunikasi ke hape ntah nama-nya atau nama Britishnya MCMC nak semak sama ada frekuensi yang dipakai sama dengan frekuensi yang didaftarkan. Ini sebab setiap frekuensi tu dilesenkan. Bayangkanlah berapa banyak MCMC dapatkan. Beribu-ribu frekuensi yang ada sekarang ni. So aku rasa semua telco kat Malaysia ni tengah kalut buat audit nieh hahaha..

Aku join pergi audit ni sebab aku jaga region Kedah & Perlis ni. So aku sempatlah berkenalan dengan Operation Team kat sini @ SOD. In future, bila aku dah start buat kerja, aku akan banyak berurusan dengan team ni. Harus diingatkan, team ni jugaklah yang akan mengamuk dalam phone kalau plan yang aku bagi tuh salah. Aku tataw aku dah bersedia untuk kene marah ke tak. Kalau tak nak kena marah, buatlah buat kerja betul-betulkan tapi bak kata opismate, kena marah tu penting..baru tahu kau punya kesilapan….hayaaa…oklah for the sake of the goodnes…katenyeeee…..

Dalam pada kerja out-station nieh, sempatlah aku berehat-rehat jugak. Mujur Langkawi tuh kat negeri Kedah kan..so pergi sekalilah ke Pulau Mahsuri tu..Merasalah beli coklat-coklat yang pelik-pelik yang memang takkan jumpa kat kedai-kedai biasa..cuma musykilnya pasal kehalalan toyyiban coklat-coklat tuh…ermmm camneh eh??

Esok dah nak balik KL daaa…aku pun dah start rindu orang-orang yang aku tinggalkan…waaahhh..mendalam bunyiknye tuh! Ape pun, selain Melaka, aku rasa baik aku settle down kat Kedah. Kampung dia very the kampung..tak ditelan masa. It’s very soothing place. Maybe aku obses dengan kawasan yang ada padi..tetiba jatuh cinta dengan kampung kat Kedah..Don’t worry Kedah..u will see me alot after this hahaha

3 thoughts on “nOrthEn WoRkiN’ HoliDAy Wrap Up

  1. wahai encik dg tlg la tgk2 kan line dg kt ukm nih..cm beskut la..jap ade jap xde..(esp. area cgat nih..) huhu..

  2. ahah!! aku dah habaq dah, kedah ni best…nyaman je..aman tenteram…kan dah jatuh hati..haaaaa..eh result spa kuar blm??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s