Perihal kerja, ayam jantan dan baju Espirit

Introduksi

Dah lama benar rasanya aku tak mengemaskini blog tercinta ni. Tiada semangat dan sedikit rasa malas. Kerja baru ni betul-betul mencuri banyak tenaga dan idea aku walaupun hakikatnya aku belum mula apa-apa lagi berkaitan dengan tugas baru ni. Perjalanan dari Setapak ke Shah Alam memakan masa 2 jam untuk pergi dan 2 jam untuk pulang. Kerja gila. Lantas aku membuat keputusan untuk tinggal dengan keluarga abangku di Seksyen 19, Shah Alam. Walaupun rumahnya sempit, tapi dia terima dan layan aku sebaiknya. Yalah..sejak dari aku berumur 5 tahun lagi, aku kerap datang dan tidur di rumahnya bersama kakak aku bila cuti persekolahan.

Kerja

Mudahnya, skop kerja aku memang tiada kaitan langsung dengan bidang pengaturcaraan (programming), satu bidang yang aku telah berkecimpung selama lebih setahun. Kerja aku lebih sebagai perancang rangkaian talian tanpa wayar (planner) di kawasan Kedah/Perlis. Aku akan terlibat secara langsung dalam menentukan bagaimana membawa isyarat suara/data daripada menara pemancar kepada bahagian utama sebelum disambungkan kepada penerima. Ini termasuklah menentukan julat frekuensi, saiz antenna, interference, dan juga multiplexer.  Jujurnya aku takut dengan kerja ni. Sehari sebelum aku lapor diri, aku dah demam sehingga aku disyaki terkena denggi. Aku takut kerana ini syarikat besar dan segalanya bergantung kepada prestasi aku. Jadi, ini merupakan satu cabaran yang sangat besar untuk aku galas dan aku memohon agar diri aku diberi kesempatan untuk melepasi ujian yang getir ini.

Ayam Jantan

Ya, minggu lepas aku mungkin telah melukakan hati dan harapan seseorang sehingga aku digelar ayam jantan yang paling bongek dan kelakar. Aku melihatnya sebagai naïf dan jujur. Kamu mungkin geram dan kecewa atas kebenaran yang aku tuturkan tapi bukankah itu lebih baik daripada aku berselindung dan berpura-pura di hadapan kamu? Berbincang mengenai hati dan perasaan, satu topik yang pasti semua maklum, tiada paksaan dan ia hanya akan hadir sekiranya kamu betul-betul mempercayai dan merasainya.

Aku tahu kamu suka pada aku tapi aku cukup senang agar kita hanya sekadar rakan. Aku cukup berhati-hati dengan kamu agar aku tidak member isyarat palsu yang mungkin kamu tersalah tafsir. Aku ingin memberi satu situasi berkaitan dengan cinta dan pemilihan.

Cinta itu ibarat sehelai baju Espirit yang baru sahaja dipamerkan untuk koleksi musim terkini. Harga baju itu sangat mahal walaupun padanya hanya tercalit satu warna. Pelanggan A datang ke kedai tersebut dan melihat baju tersebut. Pelanggan A terus menyatakan bahawa baju tersebut tidak cantik dan tak sesuai dengan personalitinya. Lalu dia keluar dari kedai tersebut tanpa memegang atau cuba mengacu baju tersebut kerana  tahu baju tersebut bukanlah untuknya.

Datang pula pelanggan B. Melihat baju tersebut, lantas dia menyatakan bahawa baju itu sangat cantik dan padan dengan dia. Lalu dia mencuba baju tersebut namun selepas beberapa ketika, dia memulangkan kembali baju tersebut kerana merasakan baju itu bukan juga untuk dia. Mungkin ketika dia mencuba baju tersebut, dia melihat dompetnya dan merasakan dia belum mampu untuk memiliki baju tersebut dan berhajat membelinya ketika penghujung musim kerana harganya lebih murah. Atau  mungkin setelah mencuba baju tersebut, dia merasakan tidak sesuai walaupun pada awalnya dia merasakan baju itu cocok untuk dia.

Kemudian pelanggan C. Sekali jelling sahaja, dia tahu baju itu dicipta untuk dia. Lantas mengambil baju tersebut, mencubanya dan membayar baju tersebut walaupun harganya ratusan ringgit. Dia tetap membelinya walaupun dia tidak mampu (pasti dia menggunakan kad kredit). Dia suka baju tersebut dan yakin dia mampu untuk memilikinya.

Lihat situasinya disini. Walaupun baju itu berjenama dan mahal harganya malah cantik rekaannya namun baju tersebut bukanlah untuk semua. Sama juga dengan penciptaan manusia. Kamu merasakan diri kamu itu buruk, tidak sempurna. Mana mungkin Tuhan mencipta sesuatu yang tidak indah sama juga seperti penciptaan baju tersebut. Kalau ia buruk, mana mungkin ia akan dipamerkan. Kamu bilang kamu tidak sempurna namun kamu boleh menulis dengan panjang sekali mengenai kisah-kisah ‘bekas’ kamu terdahulu. Cuba lihat aku, lewat 24 tahun namun masih mencari lagi baju yang sesuai untuk aku gayakan. Kalau kamu paksa aku menyebut satu nama ‘bekas’ kekasihku, pastinya aku akan diam kerana aku tidak mempunyai jawapan. Sekarang, siapa lebih buruk daripada kamu?

Aku tak sempurna. Aku bukan lelaki yang mampu berdiri di tengah-tengah jambatan KLCC dan pilih sesiapa sahaja yang aku inginkan. “Beggar can’t choose”. Aku tahu terma tersebut. Aku tak layak memilih kerana aku tahu aku bagaimana. Kalau aku cukup sifat dan paras rupa, memilih teman hidup bukanlah satu situasi yang sukar. Hakikat yang kamu suka pada aku, merupakan tuah bagi aku..Namun aku mungkin Pelanggan A atau B, yang memilih untuk tidak memiliki kamu.

Tidak salah kalau aku bersikap jalang sedikit berkaitan dengan perkara ini kerana mungkin aku sedikit bongek @ bongok dalam hal ini. Tapi mungkin kamu patut bersedia memaafkan dan melupakan segala kejadian kamu dengan ‘bekas’ kamu terdahulu. Biarlah segala keaiban dan kesalahan mereka menjadi satu panduan buat kamu. Keputusan kamu untuk tidak menulis lagi mungkin satu permulaan. Kamu belum berjumpa dengan Pelanggan C lagi tapi ia pasti akan datang dan memiliki kamu.

Harapan Ibu dan Sindiran

Setiap kali pulang ke kampung, ibu selalu menasihati aku supaya menyimpan wang untuk menampung kos perkahwinan kelak. Aku tertekan kerana bukan sahaja aku tidak memiliki wang, tapi elemen yang paling penting, pasangan aku. Aku faham perasaan ibu. Akulah satu-satunya anak yang masih lagi bujang. Harapannya yang tinggi, tapi percayalah harapan aku lagi tinggi. Adik-beradik aku kadang-kala menyindir bila aku akan membawa orang baru dalam keluarga aku. Aku malas memikirkannya. Penat. Cukuplah segalan sindirian itu, aku cukup tertekan. Aku perlukan sokongan yang lain, bukan nasihat sinis yang bisa mematikan segala kehendakku.

5 thoughts on “Perihal kerja, ayam jantan dan baju Espirit

  1. well… i dinnew honey…
    i love them esprit shirts… gotta have them regardless…
    but on second thoughts… why esprit?
    cheh!
    motif sangat!!!
    anyway… i just got a word that the person ain’t gonna give up on you too easily….
    up to you then on how to decipher this cryptic words of it…

  2. cakap kat mak ko, jodoh belum tibe mak…
    sabar…..
    skang keje dulu, carik dwet bebyk.. dah jumpe orgnye langsung je..nak kawen dwet pakai byk wooo

  3. Berdoa dengan penuh pengharapan semoga dijodohkan dengan orang yang sesuai dengan kita. Mungkin tak jumpa lagi jodoh kita. Yang penting dalam apa-apa pun, jangan putus asa. Setiap kesusahan pasti akan diselangi dengan kesenangan.

  4. erkkk sungguh lain entry ko kali ni…setelah sekian lama jgk aku mnunggu, ada gak blog ni di update..emm byk betoi luahan hati ko kali ni..aku doakan kwn2 aku dpt yg lakukan yg tbaik dlm hidup masing2..setuju dgn amer di atas!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s