Catatan Seorang Penganggur

Kali ni aku menulis sebagai penganggur selama 3 hari. Minggu depan aku mula kerja di tempat baru dan aku hanya mengambil cuti selama seminggu walaupun niat nak ambil lebih daripada 14 hari. Setiap kali balik kampong, aku memang terasa bahang kebosanan terlampau tu. Faktor utamanya mungkin tiada talian internet jalur lebar. Kehadiran anak buah kesayangan aku pun belum cukup menutupi liang ke‘boringan’ dalam jiwa aku. Internet masih wujud, tapi hanya ‘dial up’ saje. Walaupun dulu aku rasa cukup laju ‘dial up’ tu namun teknologi laman sesawang kini , mana mungkin aku mampu menanti 10 minit bagi menyemak email-email aku? Lupakan facebook ye sayang…

Mujur kini aku berada di rumah kakak aku. Bolehlah bernafas sebab ada liputan 3G. Walaupun aku mengambil masa 1 jam untuk memuat turun siri TV ‘Samantha Who?‘ bersaiz 175Mb namun sekurang-kurangnya aku mendapat sesuatu. Aku suka tinggal di sini sebab ia berdekatan dengan bandar dan aku dikelilingi anak-anak buah aku yang tersangatlah rapat dengan pakciknya ini.

Hari ni jam 1130am aku pergi menjemput anak buah aku di tadika. Suka benar nampaknya dia. Maklumla, jarang-jarang aku dapat buat macam tu. Lepas jemput dia, harusla kena bawak ke kedai untuk beli jajan @ makanan rapu. Dulu-dulu masa dia bersekolah tadika pra-matang , kalau aku ada di rumah, pastinya dia akan ponteng. Tapi dia makin dewasa. Sekolah lebih menarik minatnya kini, mungkin. Cuma aku terkilan, cepat benar masa berlalu. Dah tadika dia kini. Tapi segalanya masih sama namun semakin dia membesar ,aku tahu, akan semakin jauh jarak antara dia dan aku.

Lepas hantar anak buah aku ke sekolah agama, aku memanjangkah langkah menuju ke Tesco, Melaka nak gunting rambut.  Aku gagahi jugak pergi kat sini sebab baru-baru ni, tukang gunting ‘peribadi’ aku dah berhenti kerja dekat X-Cut, The Mines. Sedih. Dah setahun Miss Elain Tang menggomol rambutku ini. Dia dah tahu apa yang aku nak dan memang aku puas hati dengan karya yang beliau hasilkan. Kat sini pun kedai X-Cut dan aku berdoa agar kanvas rambutku ini dilukis dengan indahnya. Seperti biasa, stail kegemaran aku, Mohawk and layer. Sebenarnya aku tak tahu nak buat stail apa sangat sebab rambut aku yang beralun dan agak kasar ni membataskan banyak perkara. Selepas 15 minit, hasilnya..waaahhh lain daripada yang lain. Agak ganas juga tapi cantik. Sebelum beredar, sempat aku tanya nama tukang gunting tu…bukan nak mengorat tapi senang nak berhubung kalau aku nak datang kat situ lagi.

Lautan manusia melemaskan aku. Almaklumla, masih lagi dalam mood bercuti. Tak sangka Melaka sekarang dah jadi macam KL. Jem sana sini. Sedih juga, takut-takut satu hari nanti, taraf hidup tinggal di Melaka sama tinggi dengan di KL. Harapan aku bila aku dah bersedia untuk ‘settle down’, aku nak kembali ke sini. Pusat membeli belah rancak di bina. Aku terfikir, apakah erti kemajuan dan kemodenan sesuatu bangsa berlandaskan berapa banyak pusat membeli belah yang dibina? Tak cukupkah apa yang sedia ada. Orang Melaka pun berapa kerat sangatlah. Masa cuti tulah banyak orang Singapore yang turun tapi herankan mereka dengan shopping mall yang melambak sedangkan mereka pun syurga membeli belah 1000 kali lebih hebat dari sini. Pitam seketika.

Dato’ Ali Rustam, sudah-sudahlah tu..walaupun Melaka mendapat pengiktirafan Warisan Dunia..tapi saya tak fikir Jusco atau Mahkota Parade akan mendapat gelaran yang sama. Saya dah tak Nampak kota A’Famosa tu lagi. Entah-entah 5 tahun lagi, shopping mall Dato’ tu lagi tinggi dari Bukit St Paul.

Kasut oh kasut..aku dah lama mengidam kasut Primavera ni. 4 bulan lepas aku dah usya kasut ni kat KLCC. Harga dalam RM199. Bulan lepas aku usya lagi. Dah turun harga RM159. Semalam usya lagi kat Jusco Melaka. Boleh jadi pulak kasut dia letak di bahagian New Arrival dan harganya RM199. Duhhh?? Baru nak launch ke kat Melaka kasut ni?? Kecewa jugak tapi aku sangat terdesak nak beli kasut tu sebab Isnin dah mula kerja. Aku dengan paksa rela membeli jugak kasut dengan harga 40 ringgit lebih mahal dari KL. Sapa kata segalanya murah di Melaka? Hahahaha..

Aku dah takde sesiapa pun dekat Melaka, in term of friends. Semuanya dah buat hal sendiri. Berjalan berseorangan semalam membuatkan aku teringat kisah-kisah zaman persekolahan dulu. Tempat lepak kami hanyalah Mahkota Parade sebab dulu-dulu kat situ je yang ada panggung wayang. Pergi sana pun naik bas. Balik mesti sebelum pukul 4 sebab bas terakhir ke Lubok Cina pukul 5. Berasak-asak lah kami dalam bas yang sempit tu…

Haizzz..jadi penganggur ni bukanlah best sangat. Bosan. Mujur aku bukan penganggur…

4 thoughts on “Catatan Seorang Penganggur

  1. OMG MEGAT!!!! ur bahasa is so like..hehe wat me smiling away reading this post. bukan men lg yer die bercerita sbg seorng penggangur! =) hehe xley blah dis ayat “Dah setahun Miss Elain Tang menggomol rambutku ini.” HAHA sounds funny there when u guna ayat menggomol itu. HEHE

    nways good luck for new job! u still owe me makan makan eh. blek. lalala

  2. bila en.hapizi berpikir tentang settle down, maka beliau semestinya sedang dilamun cinta… ngehngehngeh…

  3. wah…..ur ayat is sempoi la..>!!!ya…ya…i noe about both negeri…mmg x sumer harge kat melaka is lowwer than kl rite..??yeh!!!penganggur nie mmg la busan tapi,,kadang2 besh la…(4 me la)anyway,,gud luck k 4 ur future..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s