Kolej Chermai

Bila bercakap pasal waktu aku kat matrikulasi, it’s a bit emotional. Bukannya aku ada masalah or putus cinta masa zaman tu, tapi for my entire phase of life, that particular life was very meaningful. Mungkin sebab member-member masa tu sangat cool dan best. Mungkin juga tempat terpencil yang aku duduk selama setahun tu memberi aku satu pengalaman yang cukup hebat. Let me introduce u a bit about Kolej Chermai. Kolej ni letaknya jauh kat pedalaman, kat felda la kiranya di Serting. Nak pergi sini bukan senang. Sangatlah jauh..about 2 hours journeyla dari rumah aku. Poor my late father, masa tu ayah aku dah la tak sihat sangat, then kena la plak drive jauh-jauh macam tu. Pekan terdekat pulak 1 hour journey, iaitu Bahau. Harga tiket bas masa tu RM1.60 kot. Hari Sabtu, berbondong-bondongla budak Chermaian keluar. Bas tu memang penuh saje dengan kami. Aku tiap-tiap minggu keluar. Jadi habitat. Balik je tangan dua-dua mesti pegang beg plastic penuh dengan makanan yang entah ape-ape. Istimewanya, kolej ni kat bawah bukit. Pagi-pagi memang sejuk diselubungi kabus gemawan yang indah. Our batch was the last batch yang ada kat situ sebab semua kolej matrikulasi yang dibuat dekat kolej swasta akan ditutup sebab masa tu dah banyak kolej matrikulasi yang kementerian buat. Bagi aku sangat rugi sebab kolej ni penuh dengan cikgu-cikgu yang sangat hebat dan berdedikasi. Honestly, gap kitaorang dengan cikgu2 memang kecik. Kitaorang anggap macam kakak2 dgn abang2 je, even some call the teacher Mama. Tapi kitaorang still respect diaorang. Itu yang masa belajar rasa happy sangat. Takde rasa tertekan. Banyak peristiwa yang terjadi dan kat sana jugak aku jumpa kawan-kawan yang memang betul2 bersama ko dalam susah dan senang…gosshh…(tears coming out from ma glance). Mehla aku coretkan siket pengalaman-pengalaman indah masa aku berusia 18 tahun yang masih tak reti nak uruskan diri sendiri!

  • Bahau is a great suburban city! Bandar ni kecik je tapi ada segalanya macam bank, KFC, shopping complex, etc. Antara nama shopping yg aku ingat Kimma, Gold, Gedung Harian, dengan Well apa ntah. Tapi aku suka yang nama Well tuh (not sure the real name haha) sebab dia kecik n ada semuanya. Barangan yg biasa aku beli mayonis,susu pekat,maggi, dan cordial buah yang pekat gilos. Kat situ jugak ada saloon yang memang pandai gunting rambut aku dan juga kedai kasut yang mantap-mantap belaka. Dan juga Restoren Bunga Raya yang memang menyediakan makanan-makanan yang sangat menjilat ibu jari jiran anda…
  • Kolej kami memang tak banyak sangat kemudahan. Biasa-biasa aja. Asrama aku kat blok 5 yang memang agak buruk sebab dia ala2 rumah papan bentuk segi empat. Biliknya kecik yang disumbat dengan 3 orang. Almari aku sangat comel yg memang tak muat apa2. So aku letak kebanyakkan baju aku dalam beg. Dalam bilik tu ada satu meja papan panjang yang kitaorang buat utk belajar, bancuh kopi, dan juga merendam maggi. Memang agak daif, tak dinafikan tapi aku ingat pesan ayah aku masa 1st time aku merungut kat sana, dia kata “takpe, ko tu datang sini nak belajar. Bukannya lama pun. Setahun je”. Thanks….
  • Kalau nak beli makanan kat kantin, kitaorang pakai konsep kupon. Satu kupon RM25. Dulu-dulu seminggu, duit makan aku RM25 je! Tapi masa tu aku makan lunch dgn dinner je. Sarapan biasa tak makan sebab malas. Sekarang ni RM25 tu boleh beli apa je..
  • Antara benda yang tengah hype masa tu ialah Avril Lavigne, lagu Las Ketchup – Asereje, Filem Indon, Ada apa dengan cinta, citer-citer telenovela, Mis Tres Hermanas dengan Yo Soy Betty La Fea, Tv series-Charmed, Alias, Roswell, Smallville, dengan Dark Angel and also world cup. Bilik TV kami takde kerusi, ada satu meja je. So everytime nak tengok tv, kene amek sendiri kerusi-kerusi dari bilik sendiri.
  • I have 2 best friends, Addin dengan Hafizul. Kalau pergi Bahau, mesti dengan diaorang. Addin is a bit eccentric person dan Hafizul yang sempoi saje. Both of them sangat rapat and was very very very nice to me. Can’t live a day without them. Aku baru je jumpa balik Hafizul and I was glad dapat jumpa balik and do things both love to do it..and Addin even keje kat Texas Instrument yang sejengkal sajo dr UTM ni tapi tak sempat nak jumpa lagi. We share the same interest even the same tv show. Guys, don’t u missed every bit of the moment??
  • Aku dok kelas B7 sama dengan Hafizul dengan Amir Shamsudin. 3 orang je lelaki, yg lain semua perempuan. Masa final exam, kami berlima yakni aku, fizul, Besha, Che Da , dengan Sally akan study sama-sama. Kekadang Zain dr B8 akan join sama. Kitaorang dulu bukanla kaki study tapi masa study memang study sungguh-sungguh kat bilik tutor. Alhamdullilah semuanya dah berjaya sekarang…it’s all worth it huh?
  • Mula-mula masuk aku satu bilik dengan Husin dengan Rahimi. Dari hari 1 lagi, aku dah rasa aku tak bley fit dengan depa. So aku tukar bilik dengan Amir dengan Nik Mahzan. Budok Kelate si Nik ni. Tapi biasala, aku memang sentiasa ada masalah dengan housemate. Sem2 aku menumpang kat bilik Hafizul dengan Hanif. That’s make us the 3some H hahaha..sorry amir n nik, bukan aku tak suka, tapi malam2 lampu bilik terbukak je. Tak boleh tido. Lagipun aku ada miss communication dengan Nik yang mana telah diresolve setelah habis matrix. Hmm that incident prove me that I am a the king of troublesome to the housemate ngehngehngeh
  • Korang kenal tak artis nama Nursyella?? Artis bergred C ni aku pun tak kenal tapi adala bebudak ni pergi ke Bahau beli apa ntah dapat free kaset artis ni. Balik asrama dibantainya pasang lagu artis ni kuat-kuat. Hari-hari pulak tuh. Hampeh tol bebudak ni tapi kelakar gak sebab beli kasut kot dapat free kaset tuh wakakaka..hinez sangat
  • Avril lavigne sangat popular masa tu dengan lagu Complicated. Aku masa tu takde duit nak beli..pinjam sajo kaset bebudak ni. Tapi aku beli kaset cetak rompak soundtrack Ada apa dengan cinta. Sebabnya yg original dah habis. Hebat tol masa tu penangan 2 benda tuh. Ada benda pelik berlaku on the last day kt sana..aku teringin sangat nak kaset Kasih-kekasih drpd kumpulan InTeam. Nasyid tuh!! ( Korang jangan gelak eh…siot giler). Tiba-tiba, entah jatuh dari mana kaset tu ada dalam almari aku. Aku pelik giler..seingat aku, tak pernah aku suarakan keinginan aku nakkan kaset tu. So aku anggap tu sbgai anugerah, aku simpan kaset tu sampai ri ni.
  • Dulu-dulu mana der kamera digital bagai. Semuanya pakai Kodak tuh. Aku pakai kamera Olympus yang aku beli masa aku form 5. Sayang sangat kamera tuh. Tapi aku da jual kat Asyraf. Masa tu ledakan hanfon baru je bermula. Sape yang pakai memang antara yang bertuah. Along aku hadiahkan aku Nokia 3310. Sangat hangat model tuh masa tu. Aku pakai celcom 019. Tau berapa harga sim card dia? RM199. Hambek kan..mahal nak mampos…dah lama pakai, aku tukar ke Maxis. Harga? RM144. Giler ahh…masa tu top up paling murah RM60. Line kat sana memang poor giler. Macam2 aksi kitaorang buat untuk dapatkan line. Dapat 1 bar pun kira bersyukur. Ada bebeberapa tempat je yang ada line n tempat tuh memang jadi tumpuan. Masa tu call dgn sms masih mahal. Beruntung bebudak skang…
  • Cinta…hmmm aku dulu adala suka kat 2 orang minah ni..sorang budak kelas aku, sorang lagi dr kelas A. Tapi yang dr kelas A ni agak serius gak walaupun takde pape. Dulu main surat-surat ni…n balasan pertama yang aku dapat daripada dia, dia tulis ” Persahabatan yang ikhlas datang daripada Qalbi (hati) yang suci”. I was so happy back then, but it doesn’t turn out well. Kalau cuti je, mesti aku telefon dia…tapi itulah..takde jodoh.By lookin at my current condition rite now, she deserves a better man than me..I’m far lot worst now..
  • Bilangan kami agak ramai, so masa kuliah kitaorang akan ada 2 bilik kuliah serentak. Lagi satu bilik akan hanya ada skrin sebab cikgu kat bilik kuliah lagi satu. Masa tu cikgu-cikgu suka pakai tablet pen tu..senang nak cakar skrin2 powerpoint
  • The only vacation we went ialah kami pergi ke Mersing. Tepi pantai..2 days 1 night only. Best giler…jauh memang jauh tapi puas hati….
  • Untuk majalah kolej, aku jadi Editor. Memang puas hati even tak beberapa nak sempurna sebab kami create the magazine from scratch. Design kami buat. Pakai Words aje…ramai jugak team-team kami yang menaip bagai nak rak dekat lab. Almaklumla, mana ada sangat computer masa tu. Laptop apatah lagi. Pakai disket aje!
  • Last day kat KC, kami ada dinner dekat Hilton Seremban. It was a very happy and sad day for us

If I given a chance to going back to that timeframe, I would say NO sebab the experience itself already great. Why should I go back and change it?? Thanks for all my friends who gave me a very amazing journey. I miss u guys each second, perhaps our path will cross again one day, perhaps.

Cikgu-cikgu kami yg mengebest giler

Cikgu-cikgu kami yg mengebest giler

cuba tengok asap2 kat atas tuh.....sejuk

cuba tengok asap2 kat atas tuh.....sejuk

KC kini...semak sih

KC kini...semak sih

tempat ni dulu cafe ke-2..Main cafe lah kiranya

tempat ni dulu cafe ke-2..Main cafe lah kiranya

ni dewan exam, koperasi, dan jugak tempat mencari line telefon

ni dewan exam, koperasi, dan jugak tempat mencari line telefon

bilik tutor dan tempat aku amek exam MUET

bilik tutor dan tempat aku amek exam MUET

masa raya haji kami  solat sunat

masa raya haji kami solat sunat

bilik kuliah yang dah tak serupa bilik

bilik kuliah yang dah tak serupa bilik

jalan terbiar..sangat sedih...dulu sinila jalan yg kami guna hari-hari

jalan terbiar..sangat sedih...dulu sinila jalan yg kami guna hari-hari

41 thoughts on “Kolej Chermai

  1. aku tau maner datang kaset tu, alam ghaib. nak suh ko insaf sebenarnya. hehehe… rajin plak ko wat tour kat tempat lamer cenggitu.

  2. peh…syahdu siot bile terkenang balik memori dulu kat kc.aku pun same mcm ko jgk tiap kali terkenang,rase mcm nak pusing balik jam.

    aku rindukan rakan2 kat KC…

    aku adelah panjang…

  3. itulah…masa kt U xdela rasa mcm ni
    kat KC je..maybe sebab masa dia singkat
    n best plak tuh..
    panjang..den ingat ko…haha…tapi gambar2 tu bukan aku yg amek
    ntah sape ntah..aku amek kt forum KC
    maybe bebudak batch sebelum kitak

  4. waa…very touching…i felt that i wanna cry…good old days.
    miss u all my fwens; kuliah B, tutoran B7 & B8, noli, nuriq, shima, anor, pet, suzy, ann, anis & kulai@ain zuhaili. cikgu2 n kengkawan yg best giler, sesame wat study group…thanx to all.

  5. perhaps there will be a reunion
    but deep down i know
    it’s all in my imagination
    dulu idain ada gak nak buat
    tapi sekadar angin lalu ajer

  6. x-kc juge. huhuhu…… batch 99/2000.
    nice to meet x-chermaian. hahaha…..
    jgn di lupekan, pokok2 belimbing n jambu. x lupe juge jeram di kaki bukit, tmpat bermandi kala air x de d asrama. huhuhu…..

  7. dah lama saya cuba cari x-kolej chermai. rindunyer saya kat tempat tu.. mungkin awak tak kenal pun saya.. saya mula mengajar kimia kat kc sejak feb 2000 hingga mac 2002. saya bhenti sbb sambung belajar.. dalam life saya.. kenangan di kc yg paling best! harap boleh contact semula kawan2 kt sana dan x-kc yg kenal saya.. kalau ader sesiapa yg tahu contact no mana2 cikgu..boleh email pada saya? (iid_a@hotmail.com) tq so much!

  8. aku 1st batch kpm matriks kc..woi roma aku kenal ko..

    btul la bile kenang balik best giler matrik kc..

    tapi x sangka dh jadi teruk camtu skali..

    tapi hilang dimata di hati jangan..

  9. uh sedihnya teringat kc. aku first batch. yg paling sulung kat kc. aku rasa aku kenal ko panjang tapi aku tak sure ko panjang yg mana. sbb dulu tak silap aku ada 2 panjang, satu panjang JB, satu lagi panjang Nogori
    ha….miss kc

  10. waa..same aa xperience kite nih..
    wpun aku 1 batch awal dari ko..
    Aku plg suke bab cari line hp..
    wat mcm2 aksi nk kasi bar ‘jatuh’

    mkn seminggu bajet rm25 jer..
    nk lik cuti, beli buah belimbing kt org kg

    waaa…rindu gilos!!

  11. Sayu hati bila baca tentang KC.memang pengalaman kt KC yg paling indah dlm ejarah seisi pembelajaran I. Dengan diri skrg, pasti cikgu-cikgu kt KC bangga..surely semua x-KC dh berjaya..tp bile ingat arwah cikgu Bino hati jd sedih…cikgu Bino n Kak Hawa..
    hahahahah…pengalaman yg paling seronok xdpt diucapkan..bdak bio,kumpln C5..mana la g korang…cikgu syamir!!!plg lawak..ape pn I agak kecewa dgn penutupan KC..ingan masa ptg2 jln kt kebun smbil mkn buat yg dh masa..petik je..betapa indah nye KC…

  12. well…
    so sad…really….the worst experience comes from the 1st batch back in 1997…remember when the TITANIC film “BOOMING”…thats the day of our lives…hehe…none entertainment…so we treat ourselves with Leo’s on our bedroom girl posterwall.
    at the end of our 2 years matriculation…there’s come “KUCH KUCH TA HEY’ gala attacking the Chermaians by storm. whenever i listen to the movies soundtrack..i definetely remember my One and Only Kolej Chermai…
    May Allah bkless all of us during those years…Amin

    Memory2KC…….alwayz and forever

  13. dear my dearest friend Mr.Megat..
    i would like to post those KC photos to alumnikc@yahoo.com.
    hope u dont mind and will be intouch.
    please reach our first ever yahoo groups that had been created by my 1st batch friends abg.Farhan
    okay.take care dear.

  14. dear memory2kc
    thanks for sharing some of ur greatest moment there
    it’s sad huh when we thinking about it cuz we know, we will never go to that phase again
    bout the pictures, i wasn’t mine either..took it from a group in friendster
    but i’m sure the owner wouldn’t mind if u take it😉

  15. aku intake pertama KC. sedih siut tengok gambar2 kc. banyak kenangan kat sana.
    2 thn abadikan hidup kat KC. walaupun serba kekurangan, tapi tetap hepi. teringin plak rasa nak gi lawat KC.

  16. kc ni tutup sebab………………

    aku je yang tau sebab aku kerja kat sini dulu

    tempat ni la aku dapat masuk matriks, tapi bila sampai sini aku bawak sijil aku try mintak kerja, sekali dapat la plak, trus la aku jadi pembantu makmal, pastu jadi juruteknik plak

    gile la………..

  17. aku pn intake pertama kc…sdh bila tgk kc mcm 2…bila lalu je dpn skrg kc teringat zmn2 duk kat ctu…tp kenangan kat sana mmg aku xleh nk lupa smpai bila2..xstudent nkde wat reunion ke?

  18. plg adventure skali time xde air la…..msk dlm hutan g wat jeram ramai2…dh mandi blk b’peluh smula.serupa mcm x mandi gak…aku ada gmbr kenangan mandi kat jeram 2…

  19. heheh.. ader pun intake 1st.. masa tak der iar.. teringat siot mandi kat jeram pastu mandi reramai kat pili air belakang blok… pastu kes kejar pocong… memang banyak sangat kenangan kan…. kontek aku kat facebook aygmsri@gmail.com… leh kontek yg lelain plak,,,,

  20. jom ramai2 join..especially yg 1st intake kt FACEBOOK KOLEJ CHERMAI ALUMNI.type jer and terus join…please yea u all..kita kongsi story and photos…gossips..hehehe…

  21. saje je search pasal kc..tetiba terjumpa blog nie..sedihnye tgk kc mcm nie…baru-baru ni pernah lalu area sini..tp penatla toleh kiri..x nampak pun kesan2 peniggalan kc dr tepi jalan..mngkin dah trlindung dgn semak samun…touching betulla…

  22. Salam, saya pun xkc jugak, first batch..saja google gambar kc bahau dan jumpa blog ni..kalau nak share gambar ni kat blog saya boleh tak? mintak izin dulu ni..tak boleh takper..sedih nengok tempat belajar dulu jadik cam ni..

  23. Miss Zara, silalah share gambar tu. biar sama-sama kita share pengalaman kita menuntut ilmu kat tempat bersejarah tu. saya bila-bila pun saya kenang jasa Kolej Chermai tu

  24. Salam bro. Wah, satu batch la kita kat KC ye. aku duk dorm 5, sebilik dengan Dr Harmizi & Kancil. Selalu jugak pegi bilik Husin, lagi2 bilik Amir dgn Mahzan.

    Ada join group KC Alumni tak kat FB? Kalau belum, boleh join kat sini: https://www.facebook.com/groups/149273802143/ boleh kenal2. batch kita tak ramai yang aktif kat group ni walaupun aku yang setup group KC Alumni tapi macam dah diconquer senior2 lak hehe.

  25. Teringin sgt nk tau sejarah Kolej Chermai..Kebetulan pulak ada kawan sebaya yg penah hidup dkt kolej chermai..Dia penah cerita pasal mandi jeram..Tp skarang da digondol..Jd ladang sawit..Siap batch baru lagi tu..Warga asing yg kerja kat ladang tu..hoho..Tmpt ni still creepy..Ramai yg ckp tutup sebab bankcrupt..Sekarang baru tau ianya matrikulasi..bkn kolej biasa..Kan elok kalau still ada..X payah mohon matrik jejaoh..
    assalamualaikum..

  26. as-salam..boleh sy share this story kt fb sy?btul2 touching…sy pun bdk kc gak last batch budak sc hayat..

  27. farah, kita batch yang sama. batch terakhir sekali di KC. tak banyak yang cerita pasal KC ni. semua tenggalam dalam masa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s