Precint Birah dan Wall-E

(Artikel yg akan dibaca mungkin mengandungi unsur-unsur perkauman dan berbaur seksitiviti. Panduan golongan dewasa mungkin diperlukan)

Tajuk dah gempar, mesti isi dia lagi hangit! Nawaitu letak tajuk macam tu sebab ramai suka baca benda-benda yang mampu meningkatkan kadar hormon estrogen dan protesteron**. Hujung minggu yang sepatutnya waktu untuk kita bangun lambat dan men-gajah-kan apa yg patut, menjadi minggu berhabisan duit dan melakukan senaman swiping di kaunter-kaunter yang dilekat dengan pelekat Mastercard @ Visa. Lagipun pertandingan bunga api antarabangsa kali ke-2 berlangsung kat Putrajaya. Sebab tahun lepas havoc n kecoh, so aku planning dengan Asyraf turun Putrajaya tumpang sekaki pertandingan tahun ni. Walaupun antarabangsanya hanya 4 negara je yg join, tapi layan je la sebab bunga berapi ni tak jemu kalau nak layan.

Precint 1:

Minat aku dengan best buddy aku ni lain siket bila bab tengok wayang. Memandangkan filem animasi ini karut dan tak pasti sejauh mana realitinya, dia malas nak layan unless aku support tiket wayang tu. Maka, cerita Wall-E ni, aku support tiketnya (2 in 1 sebagai galang ganti hadiah birthday dia sempena menyambut hari tua nya). First time layan GSC kat Alamanda. Wayang baru, so seat-nya agak cun jugak (walaupun tak sebest GSC OU). Suspect la kat Pixar animation sebab movie-movie dia memang best macam Finding Nemo. Lagipun Wall-E dah lama tayang kat US, baru sekarang nak sampai Malaysia. Bukan senang nak cipta satu filem yang dialognya sedikit, tapi lebih kepada aksi dan pengolahan cerita. Konsep cerita ni bertentangan dengan filem PhoneBooth yang mana lebih bergantung kepada dialog, dengan aksi yang ciput (tapi sangap betul cerita ni…amazingly executed!). ~ I’m not going to elaborate more about the story since it just being showing here!

Moral of the filem: Manusia jangan terlalu sangat bergantung kepada teknologi sampai tak mampu nak berdiri di atas kaki masing-masing. Manusia pun jangan cipta teknologi yang melampaui akal dan kemampuan manusia tu sendiri. Aku cuba bayangkanlah kalau mesin-mesin ni ada perasaan sebab kalau adalah, confirm notebook aku ni merajuk sebab hari-hari aku picit-picit dia dengan rakus tanpa peri kemanusiaan wahwahwah…lagi satu kalau ada perasaan, macam Wall-E dengan Eva, mampus aku nak melayan kisah percintaan peti ais dengan tv aku! Yang paling penting, kita kene risau dan takut impak pemanasan global yang kian memuncak seriusnya. So mulai hari ni, ramai-ramai kita kurangkan penggunaan plastic dan kawal pernafasan untuk mengurangkan gas karbon dioksida.

Precint 2:

Lepas kami ter-gajah-kan sesuatu, kitaorang terus pergi PICC. Ingat boleh aku panjat bukit PICC tu macam tahun lepas, tapi banyak sangat jalan dia tutup. Tup tap, kami sampai kat tepi tasik yang memang penganjur khaskan untuk layan bunga api. Tapi spot tu memang cantek la sebab orang tak ramai dengan lepak-lepak kat tepi tasik, memang romantis! Kebanyakkan yang datang dengan family, berbekalkan tikar dan kudap-kudapan. Bagai berpiknik kat tepi pantai. Dalam pada masa menanti bunga api nak mula, adalah satu kapel yang duduk berdua kat gigi tasik. Mula-mula rapat-rapat sambil amik gambar yang korang selalu nampak kt myspace atau facebook, lepas tangan jantan tu mula menjalar kt tepi montot pempuan tu sambil gelak-gelak manja. Mata ni dah nak macam rabun da tengok aksi murahan tahap aksi penghuni lorong haji taib, Cuma pelakonnya sekarang bertudung. Kami yang mulut agak jahat ni mulala buat assumption yang biasanya benar. Mostly, kapel-kapel yang buat aksi macam tu di kalangan mereka-mereka yang tak hensem dan tak cantik. Ni bukan statement berbaur perkauman (seperti bebudak UiTM buat sekarang ni) tapi biasanya macam tuh la. Diaorang ni desperate to seek an attention since they’re not getting it if they just being alone. Perghh kejam ayat aku ni tapi betul kan? Kan? Kan? Iye kan je lah……

Kapel ni pun agak bangangla sebab diaorang buat aksi-aksi tu depan family yg ramai. Maybe sebab dah tak tahan, adalah satu akak ni dengan selamba tegur kapel tak sejoli ni…siap kendong baby dia lagi. Memang suspek la kt akak ni sebab dia berani tegur. Kami yg jantan-jantan ni pun tak berani, termasuk suami akak tu hahaha.. Kapel yang termalu setinggi bukit PICC tu mula memperlahankan aksi birah tu…kalu aku la, dah lama aku bersnokeling dalam tasik tu sebab malu. Kebodohan kapel tu jelas terpampang sebab banyak je lagi spot yang tersorok dan gelap, bukan setakat ciyom-ciyom malahan lebih dari tu diaorang boleh buat. Lantakla..dah sangap tu tetap sangap…so adakah teori radikal aku tu benar..sampai ke habis aku tunggu kapel tu blah sebab nak mengiyakan kesimpulan yang aku dah buat awal-awal…Sah! Memang tak hensem dan tak cantik!! Lantak la korang…errr tak yahlah aku tulis kt sini sebab kejam giler statement kitaorang kalau aku tulis apa yg kitaorang umpatkan masa tengok wajah kapel tu…wakakakaka…

Precint 3

Malam tu giliran Negara China buat persembahan..apakan daya, semua idea dan bunga api China tu dah habis masa buat opening Olympic. Memang bosan tahap tapir sumatera. Macam tengok bunga api orang kahwin Felda Labu Sendayan. Bila nak buat comparison dengan Malaysia or Japan tahun lepas, China punya persembahan tahun ni memang teruk giler. So secara rasmi aku nak lancarkan kempen menentang kemasukan team china untuk pertandingan tahun depan.. so sesape yang sudi buat banner tu, sila2 contact aku…sbb aku nak bawak banner tu masa Anwar lawan Ariff kt Permatang Pauh 26 Ogos ni..err apa kaitan? At least banner tu terkeluar masa TV3 buat liputan…Yay!

7 thoughts on “Precint Birah dan Wall-E

  1. LOOOOLLLL!!!!!
    what is birah btw?
    dat kapel memang ngah toot toot toot.xley blah wat depan public?d gal wearing tudung? what happen to people nowadays. gals yg pakai tudung xdak beza dgn freehair!*no offends ppl* bt dat is for real nowadays!memang gatai!!!!
    btw akakk tuh sound apa kat dieorg!hahaah if i were there i wud be laughing my ass off.LOL xtau malu sungguh! =o

    im thinking of changing my blog name!will tell ya d update!

  2. hak hak….teringat aksi kat cherating dulu pon gitu gak..yg hebatnye semua kapel wat aksi yg same..n semuanye pakai tudung…adoilaaa~kalo da kawen sekali pon, gi laa wat kat dalam bilik~
    tak bes ee bunga api china tuh?baru ingt nak gi…:p

    p/s:tgk wall-e aku nanges~huuuwaaaa~syedey~

  3. hahah lawak la ko piji.. kalau aku dah lempang laju2 hikhik budget berani je..ntah2 aku yg blah dulu… Best eh Wall e? nak tengok la…

  4. mereka-mereka tu dikalangan kapel-kapel yang tak cantik dan tak hensem ke??.. hehe.. diorang tu nak cari erti kehidupan sebenar..

  5. jue ko jangan lempang laku-laju aje.. tapi siap dengan ceramah pedas-pedas, siap kutukan maut… baru arr diorang bersnokeling dalam tasik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s