Redang~

Orang fikir buat sesuatu yang mudah itu “mudah” tapi hakikatnya, perkara mudah itu bukan mudah. Macam yang jadi hari ni, aku nak cuba tulis dalam bahasa melayu. Tampak mudah tapi aku rasa ia sangat sukar membuat sesuatu yang mudah difahami. Orang akan menilai, membuat perbandingan. Maka terhasilla h ‘entry’ yang rasanya kamus tak diperlukan.
Minggu lepas, aku ke Redang. Segalanya atas dasar prinsip “cuti sambil bekerja”. Awalnya aku memang rasa berat hati. Macam tiada tarikan langsung untuk bersantai di pulau yang dikatakan tercantik tu. Aku malas bila fikir jaraknya yang jauh. Lagi-lagi, aku ada masalah tangki bocor. Risau, risau takut-takut setiap 2 minit aku kene tahan diri menutup tangki tu. Tapi beberapa jam sebelum bertolak, perasaan teruja datang, menolak segala ‘doubtful’ yang ada. Mungkin ada faktor lain tapi aku tak berapa nak pasti. Saat bertolak je, perasaan bangga dan kesian pun ada, kesian bila fikir rakan-rakan yang tak dapat nak pergi. Rugi!
Tidur dalam bas, jujurnya sangat memenatkan. Mujur driver bas bekas mat rempit (rasanyalah). Memang laju. Syukur. Kenapa? Pertama sebab cepat sampai, dan yang kedua, tiada perkara buruk terjadi. Subuh-subuh lagi kami tiba di sekitar jeti Merang. Sunyi. Almaklumla, Terengganu cuti hari Jumaat. Sementara menanti bot kami, masing-masing dengan muka separuh siap tu, bergambar dengan apa jua device yang ada. Aku suka bergambar atau dalam istilah jeliknya, Cam Whore. Maka jadi bahan usikan setiap kali nak bergambar. Aku tak kisah. Saat tu datang sekali je. Kalau takde foto, apa buktinya perkara tu berlaku?
Satu jam dalam bot sama seksanya macam naik bas. Tak best! Sampai je di Laguna Redang Resort, aku dan Peyo (boss aku ni) terpaksa tunggu sejam sebelum dapat kunci bilik. Bila masuk je, memang sesuailah dia caj satu orang RM600++ untuk 3 hari 2 malam punya pakej. Biliknya berkonsep ala-ala kampung. Hiasan kayu jadi elemen utama dan aku rasa sangat sesuai dengan tema berada di pulau. Kira-kira macam back to nature lah.
Petang tu, lepas habis sessi perbincangan yang pertama, kami ke pantai. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku pergi pantai, lebih tepatnya mandi laut. Jadi, petang tu aku mandi sakanlah. Serius cakap, pantai dia sangat cantik. Boleh tengok lantai pantai tu. Aku yang dalam pada tak pandai berenang, belajar-belajarla berenang. Dapat pulak tenaga pengajar import. Hasilnya, aku masih tak pandai berenang haha. Rentaknya ada, cuma goyangnya tak cukup. Kena praktis lagi. Jadi, aku ke kolam (pool) pula kat resort. Kat sini, nak belajar berenang tak digalakkan sebab ramai mata memerhati. Kalau sumbang, malu. Tapi seronok sebab dapat tengok gelagat rakan-rakan yang jarang dipertontonkan (fizikal termasuk sekali ke? haha).
Esoknya, tajuk utama ialah bersnokeling atau dalam bahasa parsi, mengintai dari tirai kamar. Cuma kamarnya ialah batu-batu karang dan ikan-ikan nemo ~ kalau ada lah. Satu pengalaman yang memang sangat dilupakan. Apa yang dilihat sangat indah. Sesuatu yang jarang kita tengok hari-hari. Kami semua berenang macam ikan ~ sebab ada jaket keselamtan. Walaupun sukar nak bergerak sebab goyangnya kurang, tapi aku gagahkan jugak. Nasib ada tenaga pengajar dari Indonesia, bolehlah aku bergerak ke sana sini, melawan arus laut yang boleh tahan kuatnya. Mengapalah aku tak pandai berenang!!! Rugi beb.
Petangnya, ada perlawanan bola tampar. Peyo memang tunggu benda ni. Katanya nak lawan Prof. His rival. Kami terbahagi kepada 3 kumpulan. Aku dalam kumpulan 3 bersama Nadaraj, Duwe, Emanuel, dan Jeff. Perlawanan pertama kami menang tapi bila final bertemu dengan team Peyo, sadis. Kalah teruk! 25-7 macam tu. Kecewa juga. Tapi apa boleh buat. Lepas kalah, aku terus ke pantai. Mandi la. Lepas bosan-bosan dalam laut, aku terus ke pool. Kali ni takde aksi, Cuma lebih banyak duduk dalam kolam air panas, berbual-bual sifar dengan yang lain. Sebelum masuk bilik, Afifi membuat terjunan ala-ala bungee jumping. Ada masa aku upload videonya kat YouTube. It really made my day. It was hillarious.
Hari terakhir, tak banyak aktiviti dilakukan. Mungkin semua takde mood sebab fikir dah nak balik KL. Tiba di darat, kami ke Pasar Payang. Satu tempat yang wajib pergi bila ke Terengganu. Aku beli makanan ringan je. Mungkin sebab duit dah takde. Dodol gelembung?Semah? Pernah dengar?. Istimewanya kat sini je ada. Sekali lagi menaiki bas untuk suatu perjalanan yang sangat jauh. Penat. Dalam jam 1200 tengah malam, kami tiba semula di UTM. Aku rasa sangat puas.
Satu pengajaran, jangan cepat buat keputusan. Bila dah pergi sana, baru aku tahu betapa seronoknya pengalaman tu. To be exact, refuse to think something negative. Just act ‘unknown’ situation like a natural thing.
Ni nak bagi trivia yang aku kutip sepanjang percutian ni:
1) Syakir lemas dalam pool. Bukan lemas betul-betul tapi tingginya tak sampai bila kat tengah-tengah kolam tu. Kesian dia
2) Makanan disediakan secara buffet. Makanya, semua melantak tak ingat dunia. My favourite are mashed      potatoes and their corn. Fabulous.
3) Emanuel ni ada sehelai je ke bajunya?Either u see him with his black Guess shirt or nothing!
4) Anak Duwe sangat comel. Ainul Mardhiah namanya.
5) Kak Su takut-takut masa nak snorkeling. Hasilnya hanya pasir dan ikan-ikan kecil kelihatan sebab yang     cantik-cantik kat tengah sikit
6) Suami kak Ani memang betul-betul Superman (especially masa snorkeling).
7) Maiko, japanese girl from MJUC. Sepanjang masa senyum. I wonder how she do it?She just lovely with her english-japanese accent.
8 ) Sebutan yang betul nama Jeff ialah Jof-Wah.
9) Anak-anak Nadaraj sangat petah. I like their english. Feel jealous jugak.
10) Prof dengan isterinya sering argue bile berbincang but yet, it’s a good thing.

12 thoughts on “Redang~

  1. memang best snokelling..cantekkan alam di bawah laut?
    haneymoon nak ajak future husband p redang lak la, cam cantek je pantai nyer…

  2. fizi..mekacih sbb tulih lam bm..pergghh..aku nak membace blog ko..berpinar mate aku nak paham word2 english tu..hahaha..xde la..gurau je..hehehe..besnye ko g redang..jeles lak aku..aku da la mmg ske pulau2 ni..

  3. kate p keje,p knape dr tulisan anda lebih banyak kepada cuti2 meshia ekh?waaa hebat sungguh berbicara lam bm sampai pinar dah mata baca.ehehe =) nways gud effort..ehehhe =p nk p redang jgak..jom syud wat plan p redang!!!!eheheh =p

  4. ha ah..ni bukan cuti sambil bekerja ni.. heh
    aku x pernah jejak kaki lg kat situ..sian anak malaysia sorang nih..huhu. satu hr nak pigi jugakk!!

  5. ni lebih cuti dari bekerja namanya…syok tuh orang bagi cuti free….percubaan pertama menulis dalam bahasa melayu..amacam?ok ke ko?

  6. jom atiq..kite bawak fizi sebagai pemandu pelancong ke pulau redang..huhu..amacam bro?ok?ahakszz!

  7. Kitorg dak2 pmpn pun ade plan nak gi sane..doa2kan jadi..
    P/s- girls,kalo korg xnak pegi,aku pegi sorg2!

  8. klakar bila dah abis baca entry ko ni, tetiba nampak title entry sebelumnya… hahahaha… aku duk trg 24 taun wahai en.Hapiji, skali pom tak penah jejak pulau2 sumer kat sana kecuali Pulau Duyung. Muahahhahaa…

  9. secara statistiknya, ko bekerja 1/9 persen jer kat sana… hahahaha… lebih2 yang lain bersuka-suki… berdasarkan bilangan gambar2 di atas….

  10. oit aku letak gambar masa wat perbincangan tau..menunjukkan bahawa kami ni sebenarnya bekerja kat sana…hahahaha..wat syarat jak tuh

  11. huahuahua.. pening2 lalat tgk karangan penulisan ko ni. pjg xnampak perenggan. hehe.. seb baik ada awek jepun cun. layan btol. patutla yg kat jepun da xde lawa2. ramai lari pegi msia. hampes sungguh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s