Bagaikan Puteri

Haaa..pagi tadi masa on the way ke ofis, terdengarlah lagu bagaikan puteri. Ler lagu Farah masa dulu-dulu. Lagu ni je yang buat dia famous pastu terus tenggelam. Selama ni aku tak amik perhatian pun pasal liriknye tapi pagi ni bile aku cuba hayati apa yang dia sampaikan, it makes me thinking. Ni antara bait2 liriknye:

Jika dunia aku yang punya

akan ku dirikan

sebuah syurga malam tanpa siang

untukku bermimpi sepanjang masa

tanpa kecewa

bertemankan bintang yang setia

bagaikan puteri

kisah khayalan

yang hidupnya suci dan sempurna

oh tapi sayang

hanyalah impian

bulan tak bisa tumbuh di taman

dan bila

mentari datang

pulanglah segala kenyataan

awal-awal lagu ni dia tunjukkan fantasi seoarang manusia marhaen yang inginkan segalanya yang pada logik akal memang tak mampu nak dapat macam “malam tanpa siang” atau memiliki sayap bak burung. Tapi perlambangan2 yang dia berikan cukup kena dengan sifat manusia yang sometime nak kan sesuatu yang diluar kuasa mereka.

Tapi di akhir lagu ni, dia cakap “Pulanglah segala kenyataan”. Kalau ditafsir segala terus, ayat tu menunjukkan permintaan penyanyi itu sendiri untuk dipulangkan kembali segala realiti bila tiba mentari(waktu siang). Maknenye dia sedar dirilah. Mana boleh nak berfantasi selamanya.  “Pulanglah” bermaksud rayuan atau harapan yang sangat-sangat tinggi macam pulanglah anakanda di hari lebaran..

Lagu ni jelas nak tunjuk, tak salah berfantasi atau memasang angan2 tapi ada hadnya. Dan bila tiba masanya, kita kena berpijak semula kat atas bumi yang nyata. Amat penting elemen tu sebab ramai yang memasang impian tapi tak tengok kemampuan diri.

Baru hari ni aku sedar, lagu ni bukan sekadar lagu dance kosong, tapi dia tunjuk sesuatu yang amat releven dalam idop aku….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s