September 28, 2009
· Filed under Daily Life
Berakhir sudah nampaknya Aidilfitri tahun ni (sebab aku dah mula kerja hari ni). Sedikit sukar ye aku nak update entry kali ni. Sedia maklum, last entry aku tu bile. Dah berhabuk, berkapang, berbau blog ni, barulah kerja-kerja pembersihan dilakukan. Arggghh idea-idea…d’ mana kamu! Haaa tahun ni raya agak istimewa untuk aku. Kerana apa? Kerana……..baju melayu aku lengkap aksesorinya dari atas hinggalah ke bawah! Biasanya, baju melayu aku tak lengkap. Tiada samping ataupun songkok & lebih teruk, baju melayu tu recycle tahun lepas punya. Baju melayu merupakan least priority bila tiba hari raya. Tidaklah berbaloi spending my penny on that clothes yang hanya d’pakai pada hari raya pertama sahaja. Tapi aku berpuas hati dengan pemilihan corak dan fabrik baju melayu aku tahun ni. Sesuailah dengan harga dia yang agak mahal itu…hmmm
Tahun ni, giliran abang aku nombor 2 & 3 beraya kat Melaka. Bunyi macam tak meriah je kan…tapi 1 keluarga je dah cukup menghuru-harakan rumah bonda tersayang. Almaklumla, lahir dalam keluarga berskala besar, cukup membahagiakan. Sehari sebelum raya, aku lebih banyak membaringkan diri di dalam bilik (tiada mood langsung untuk membantu yang lain membuat persiapan hari raya). Tau-tau je, lemang sudah siap dibakar (dengan jayanya!), ketupat dah direbus, rendang ayam + daging sudah kering santannya. Cuma tolong makan je (bila waktu berbuka tiba masanya)
(Actually, dah malas sangat nak menaip ni..aku menulis ni pun sekadar memenuhi tanggungjawab sosial aku untuk menghapdate blog)
Raya merupakan perayaan terbesar KHAS untuk kanak-kanak. Cuma kanak-kanak yang lahir pada tahun sebelum 1993 lebih bertuah kerana kepelbagaian bunga api dan mercun lebih mudah didapati sebelum pengharaman 2 perkara itu di peringkat nasional. Sedih bukan?? Aidilfitri dan bunga api seharusnya disatukan (dalam erti kata budaya melayu, bukan secara religious). Pelita-pelita juga semakin hilang dipandangan. Jiran depan rumah aku tu, biasanya akan pasang pelita sekeliling rumah, tapi tahun ni, hanya lampu lip-lap yang sangat fake itu dipasang. Sedih juga. Sama juga dengan pembuatan kuih-kuih tradisional yang kini diganti dengan kuih tunjuk (terma yang sangat kurang ajar) ataupun kuih online. Aku ingat lagi, suatu ketika dimana aku masih belum dikhatankan, sempat menolong mak aku membuat kuih ros, kuih gunting, kuih siput, kuih bahulu (yang dibakar menggunakan sabut kelapa), dan pernah sekali mengacau dodol! Along aku pun dulu rajin buat kuih ( di zaman anak-anak dara). Kuih favorite tidak lain tidak bukan ~ Kuih Tart BUNGA ~ Bunga diemphasize kerana aku langsung tidak berminat untuk makan tart gulung hatta menggunakan ramuan dan adunan yang sama. Feelingnye lain ye. Owh ye…oven berkepala oren jenama National tu sangat berjasa kepada kami sekeluarga. Kini kami lebih selesa menggunakan khidmat pembuat kuih terulung keluarga kami – Kak Seha – A.K.A Akak ipar kepada abang aku nombor 2. Order kat dia je…kuih tart (+ Puding Caramel) sangat marvellous ye…!! Aisseyyyy…..
Begitulah perayaan raya aku tahun ni…same as usual…cuma berharap tahun2 mendatang…aku bakal dikurniakan seorang isteri (+cahaya mata) dan dapat menyambut raya bersama-sama sebagai One Happy Family….dah puas sayang anak orang..nak sayang anak sendiri plakz!

September 22, 2009
· Filed under Announcement
Selepas cuti raya la…..I miss my blog…
Lambakan kuih raya + juadah bermusim (ketupat/rendang/lemang) menyebabkan lebihan lemak tepu d’ jari jemari
serta gangguan anak-anak buah berjumlah 27 gangguan tidak memungkinkan aku berblogging secara aman dan damai
Nantikan kisah rayaku minggu depan ……
Selamat Hari Raya
September 4, 2009
· Filed under Entertainment · Tagged ella

Secara tidak sengaja ter-rembat CD ni kat Giant Semalam…
Tengok cover dia very nice and catchy, but she’s ONE of the best ever exist here
CD Original yang ke-2 selepas Britney Spears – Circus (oppss pecah rahsia)
Bring back my childhood memories lorrr
Ada 2 CD, total songs 32 but CD 1 consist all of her all time hits macam gemilang, P.P.P, Sembilu. etc
tapi lagu NURI takdak plak…
Keep Rocking! Support local industry scene!!!!!!
September 1, 2009
· Filed under Daily Life · Tagged CAIRO UTM, restoran nelayan
Owh…sesuatu yang amat dinantikan menjelang bulan Ramadhan, berbuka secara berjemaah dengan teman-teman sama ada di restoran-restoran ataupun di hotel-hotel (biasanya mendapat jemputan). Kalau tahun lepas ada beberapa siri berbuka puasa yang aku pergi, but this year I’m still counting and waiting if there’s any invitation that might slip into my email. Setakat ni yang paling hampir 12hb ni, pergi berbuka di Restoran Puteri dengan Ashraff, yang lain-lain tak pasti lagi. Macam tak meriah je tahun ni. Rezeki kurang kot?
Last week, sekali lagi pergi Restoran Nelayan macam tahun lepas, Cuma kuantitinya semakin bertambah. Almaklumla, tahun lepas masih teruna, tahun ni dah jadi suami orang. Lagi meriah tahun ni…hampir semua orang CAIRO join iftar kali ni. Walaupun aku ni hanyalah bekas arcopal CAIRO saje, tapi aku takkan lepaskan peluang get re-united with them back even just for 2 hours. Apalagi dapat jumpa Kaka Honey Madu yang semakin bergetah. Sibuk mendukung anak si Peyo, apa lagi kene perli laaa…”Hai Kak Ani, tak teringin nak tambah anak ke??” Idea gila! Hahaha
Kak Siti Hajar pun dah berbadan dua. Kak Su? Isteri Afifi? Entah….masih tak pasti dan tiada khabar berita. Lepas juga rindu pada pasangan Take2Amir. Selepas selamat melahirkan Aqil, aku tak sempat jumpa Take (apatah lagi Aqil). Kembali kurus seperti di bulan Disember 2008. Tengah gigih ibu muda ni nak turunkan berat badan walhal aku tengok biasa-biasa aje. Biasalah…perempuan. Andai ada sesiapa yang mempunyai tips yang bagus, silalah berkongsi dengan empunya blog ini.

Haaa….perjalanan menuju ke restoran nelayan ni tersangatlah AZAB ye. Tidak dijangka hujan turun mencurah-curah membasahi bumi KL menyebabkan kesesakan trafik yang sangat-sangat teruk. Perjalanan yang sepatutnya hanya 40 minit menjadi 2 jam, tambah-tambah pulak bulan puasa. Tepat-tepat jam 705 aku tiba dengan selamatnya kat titiwangsa. Alhamdulillah, ingat dah berbuka dalam kereta tadi.

Makan kat sana, macam biasalah, steamboat. Dengan harga RM35 nett, bagi aku sangat berbaloi. Makanan sampingan dia pun best terutamanya pengat pisang dengan udang salut tepung. Aku bantai udang dan ketam dalam kuantiti yang …ermmm…haaaa…banyak ye haha. Kata buffet…bantai selagi larat. Dalam pukul 9, barulah kami beralah dan bergerak pulang.
Perjalanan pulang menyaksikan lebih daripada 5 kereta bergelimpangan di sepanjang Federal Highway…mintak-minta Allah jauhkan aku daripada mendapat kecelakaan sedemikian. Sabar itu separuh daripada Iman.
Anyway…thanks for having me even tho wer far apart! Bak kata Azwan, kita hanya dipisahkan dengan tol berharga RM1.10!


untuk gambar lanjut, sila ke laman FACEBOOK
Bacaan lanjut