Walaupun….tajuk macam bual bicara dengan Zamzarina, tapi oleh kerana karangan ini dititip pada waktu petang, rasanya sesuai ia bertajuk begitu. Mungkin ada yang sedia maklum, aku telah selamat berpindah ke rumah yang baru. Sekangkang beruk aje rumah baru tu. Rasa puas dan gembira dapat tinggal dalam kuboid yang betul-betul dipanggil rumah. Tidak hanya berlandaskan tv dan astro, maka takrifan sempurna tu betul-betul membawa erti. Ketiga-tiga siaran jalur lebar aku perolehi, Wimax, DiGi 3G, dan juga Streamyx. Alangkah bahagianya bagai dikelilingi ketiga-tiga isteri atau skandal. Lebih mencapai orgasm, ketiga-tiga perkhidmatan tu percuma! Streamyx tu termasuk dalam sewa rumah, Digi 3G pastinyalah percuma, dan Wimax tu hingga Julai nanti (aku mendaftar sebagai pengguna percubaan selama 6 bulan). Bergiga-giga aku muat turun filem-filem bagi mengisi kekosongan yang aku telah cipta selama 4 bulan sejak aku berpindah ke Shah Alam.
Ketagihan membawa Berkat
Facebook atau muka buku telah menjadi fenomena sekarang ni, seperti yang berlaku kepada myspace dan friendster suatu ketika dahulu di zaman kegemilangan mereka. Entah kenapa sejak 2-3 minggu ni, ketagihan untuk menekan refresh button pada setiap saat menjadi sesuatu kegilaan. Orang kata boleh kontot jari tu kalau kita mengamalkan tabiat buruk tu, tapi orang kata lah. Mungkin polisi facebook aku telah berubah dan mengamalkan sikap yang lebih terbuka tanpa mengira status atau darjat. Dan aku tahu, ramai lagi yang telah terjebak. Hatta dalam phone pun aku bukak facebook. Sebelum tidur, bangun tidur, tengah-tengah tidur, pastinya facebook akan dicari dan seboleh-boleh untuk update status tu. Walaupun beberapa insiden menyayat hati telah berlaku dek kerana facebook ni, tapi ambillah ia sebagai iktibar dan pastinya kejadian tu sesuatu yang kamu tidak boleh elak. Ia hadir secara semulajadi sebab ia fitrah setiap insan.

Kerja yang buntu
Makan gaji buta. Itulah konsep yang boleh diguna pakai untuk bulan 5. Sepanjang bulan lepas, hampir tiada kerja. Bosan dan tiada motivasi untuk bangun dan mempersiapkan diri untuk bekerja..dan ia berlaku hampir setiap hari. Namun satu tugas yang aku siapkan semalam seperti menghantukkan kepala aku kepada satu objek yang keras. Secara tiba-tiba, visi aku dalam menjadi seorang perancang rangkaian telekomunikasi menjadi jelas. Ohhh ini sebenarnya tugas aku!! Walhal dah dekat 4 bulan kerja kat sini. Sebenarnya, aku yang sengaja tak buat kerja padahal kerja tu ada..Cuma kita kena pandai cari sebab kerja tu tak akan diberikan secara lurus atau bulat-bulat. Aku kena memastikan perancangan aku tu berkesan dan sesuai untuk satu jangka masa dan pandang kehadapan merupakan konsep yang bagus untuk dipraktikkan. Kini aku boleh bernafas lega kerana setiap hari, pasti ada sesuatu yang aku harus lakukan walaupun ia hanya hadir secara samar.
Take it easy
Dalam banyak perkara sekarang ni, aku lebih suka ambil jalan yang lebih mudah tanpa memberatkan kepala otak ni. Aku pun dah tua, bukan lagi anak-anak kecil yang sarat dengan idea gila-gila dalam mendapatkan penyelesaian yang mudah. Sesuai dengan perubahan umur (walaupun masih berumur 24), segalanya perlu lebih tenang. Malas terkejar-kejar dan terlalu mengharap. Dah tiba masanya aku berdiri atas kaki sendiri dan memilih jalan hidup yang aku inginkan. Tidak semuanya akan indah, tapi biarlah suatu masa nanti aku akan berkata kepada diri sendiri “Yes I did that!”