PDA (Public Display Affectionate)

AMARAN : Entri ini hanya untuk bacaan umum. Tak terkait dengan apa juapun yang hidup atau yang takde. Hanya sekadar pandangan peri-body.

Terima kasih adik Hanis Zalikha yang bagi idea kat saya nak story pasal ‘kisah dalam kelambu’. Tak dilupa kepada mangsa  Jejari Runcing, yang membakar semangat aku untuk tak nak share kisah-kisah aku dengan orang yang aku sayang terutama dalam blog ataupun facebook.

Bagi aku, orang-orang yang suka PDA ni berani, yakin, dan mampu menghadapi segala dugaan dan tohmahan. Hati kering dan juga kental. Kaw katelah macam-macam kat dia, tapi dia tetap yakin letak status kat Facebook macam ni ;

Mulut boyfie saya sangat busuk macam puaka hari ni, tapi saya tetap sayang dia..muaacckksss!

Shoooo shweeeeeeet! Mulut busuk tapi kaw tetap sayang. Bertuah lelaki tu dapat perempuan yang sayang dia unconditionally. Baguslah tu. Pagi besok, keluar lagi status manja-manja lagi.

Baru je lepas call my boyfie. Mashammnye dia..tak mandi lagi. Baby mandi tau..jangan lupa gosok gigi. Busyyukkk! Muaacccksss

Sooo shweeet walaupun nampak benor menipunya. Tapi takpelah, adat orang bercinta memang macam tu. Tapi kalau setiap 5 saat kaw luahkan perasaan kaw dan hebahkan kat satu dunia betapa agungnya cinta korang berdua, dah tak sweet daah. Dah macam nak kena pelempang, bagi korang sedar, betapa mengada-ngadanya korang.

Itu kalau tengah happy, kita tengok pulak kalau tengah bergaduh..

Sorry baby, sayang tak sengaja…kalau boleh diundur masa……. baby, maafkan sayang ye?

Mungkin sayang nak SMS kat baby, tapi sayang terpost kat Facebook. Takpelah, human error (Duuuhhh??). Even worst apa tau, sayang tu takde pun dalam friend list dia sebab sayang tu ada Friendster je. Habis tu, status tu untuk siapa? Lagi-lagi worst, ada pulak kengkawan yang ‘LIKE’ status tu. Nak aje remove kengkawan sengal camtu kan?

Sebenarnya tak salah pun  benda-benda ni semua cuma terdetik tak, ada certain thing dalam hidup kita ni, ada yang perlu kita privacy daripada pandangan umum lebih-lebih lagi benda yang kita pun tak berapa nak pasti penghujungnya. Nanti kalau dah terpisah kasihnya (mohon dijauhkanlah), penat nak delete segala entri atau status kat Facebook tu sebab semua teddy bear dan hadiah kita dah buang kan..

Aku kalau rindu sangat dan nak bagi signal yang aku rindu giler, aku post lah lagu ‘ku menunggu‘ daripada Rossa kat Facebook sambil letak caption “rindu”. Gituuhhh hahahaha

Jangan marah aku pasal entri ni. Korang yang PDA ni memang berani. Aku tabik. Aku tak sekental kalian :(

Kepada baby saya…jangan risau…walau mulut baby busuk berpuaka macam longkang tersumbat, saya takkan bagitau kat semua orang sebab last time Hanis Zalikha check, love is between 2 people. Sayang baby…muaaccccccxxxx

Lagi sekali kau sebut muaccccxxxx memang batang paip melekat kat mulut kau!!!

Ok.Ok. Takde dah sebut muuuaccxxx…

Persiapan Raya Orang Bujang (ke?)

Aku suka karang  blog waktu yang tak konvensional, macam waktu tengah sibuk di ofis, lepas baca blog orang lain, dan juga waktu perut aku dah kenyang. Kat ofis pun tak banyak kerja lagi, email pun macam malu-malu nak masuk, perut dah kenyang, facebook pun dah habis aku skodeng. Apa lagi nak buat? Almaklum, pasca Aidilfitri. Memang segala-galanya siput.

Kalau orang yang tinggal kat KL, dua ikon ni wajib dikaitkan dengan hari raya. Sogo Mega Sale dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jln TAR).  Sepanjang 26 tahun beraya, tak pernahlah jejak dua kawasan ni masa raya. Fikir dia punya susah nak cari parking pun dah boleh buat kepala pening. Aku ni bukanlah fancy sangat nak pergi bersesak-sesak semata-mata nak merasai nikmat membeli harga baju melayu dengan harga murah atau teringin sangat nak tengok jejaka bermisai memakai tudung. Nak ikutkan, taklah murah sangat. Kalau pergi masa hari pertama puasa pun boleh dapat harga yang macam tu. Strategi bro..strategi.

Tapi tahun ni, beralah siket. Pujuk hati ni pergi jalan TAR. Nanti kalau orang tanya kau pergi tak Jalan TAR shopping raya, bolehlah jawab ‘Ye’. Taklah macam loser sangat tinggal dekat dengan KL tapi tempat happening macam tu tak pernah pergi. Okaylah. Member yang teman sekali ni pun selalu pergi jalan TAR. Haa amek. Aidilfitri 2011 di Jln TAR.

Bagi orang yang jarang naik public transport, memang sakit woo. Kalau urat kaki dengan kentut tak kuat, boleh nangis. Penat dia tak sama dengan penat bawak kereta transmisi manual tersekat dalam jem. Jadi, Ahad lepas, dalam misi ke Jln TAR nak elakkan jem, kami naiklah LRT. The idea is good tapi sebab takde proper plan, penat jugaklah berjalan-jalan nak bertukar train dari LRT ke Monorel yang boleh tahan sengal jauhnya.

Bagitau aku bila je Sogo ni takde jualan murah. Tak payah tunggu Year End Sale pun, pergi je Sogo tu bila-bila masa, ada je lah sale nye. Aku ni yang tak beberapa nak kurus ni, dah rasa macam seekor kerengga ramping berebut-rebut nak cari barang murah kat sana. Punggung saya yang tak beberapa nak montok ni pun diraba-raba. Dah kena raba, terus usap-usap punggung ni macam nak check wallet ada lagi tak dalam tu padahal awal-awal lagi kita dah tukar posisi wallet ke poket depan. HOMAIGOD, orang ramai giler. Saya tabiklah mak bapak yang gigih menghunus stroller anak-anak diaorang dalam kesesakan orang ramai tu. Kita yang tak beranak lagi ni pun dah rasa macam serik nak beranak lagi.

Habis siksa kat Sogo mencari handbag untuk mak, kami ke Jln TAR nak mencari baju melayu saya. Masa tu tahap sabar dah nipis dah, puasa kan. Sah-sahla lapar. Dengan panas dia lagi, hadoi. Tapi takpelah, kata nak cari baju melayu elok dan murah, terpaksalah kau harung semua dugaan tu kan. Mana ada benda free dan senang bro. Dalam 1 jam, jumpa jugak baju melayu yang berkenan dan muat lehernya kalau kita nak kancing. Ye, aku ada leher besar. Giler kau leher aku taraf supermodel? Samping pun belilah sekali. Kata nak all-out tahun ni. Satu je benda yang aku terlepas pandang, butang baju melayu. Memandangkan masa beli baju melayu tu dah dapat free 5 biji butang, so tak terfikir pun nak carik butang fancy-fancy, glitter-glitter (hahaha)

Ironinya, masa raya, songkok tertinggal kat Shah Alam. Samping pakai nak ke solat sunat je (dalam 1 jam 15minit), baju melayu untuk sepanjang hari raya pertama. Pagi sampai petang. Lepas tu simpan ketat-ketat yang entah bila nak pakai balik. KKJ (Kelas Kau Jah)!

 Selamat Hari Raya!

 

Saya Ada Blackberry

Kecoh la. Macamla saya sorang dalam dunia ni yang pakai handphone ni. Pakai BlackBerry (BB) ni ibarat menjilat-jilat ludah sendiri. Dulu masa pakai Iphone, saya cakap inilah yang terbahek. Kau silap. Mana boleh teknologi handphone menjadi terbaik dan terunggul. Kalau ye pun mungkin 2 bulan je sebab lepas tu mesti ada model terbaru yang lebih kacak dan mampan.Rujuk post yang ini.

Kenapa BB? Selain memang trend eksekutif muda (waaaah kaw!) pakai BB, saya tertarik dengan simplicity-nya, tak payah sarat dengan aplikasi-aplikasi mengarut lah macam iphone. Sekarang ni saya guna handphone hanya untuk benda-benda simple macam voicecall,BBM, Facebook, dengan Twitter. SMS pun dah jarang. Tapi saya spend more time dengan BB berbanding Iphone, terima kasihlah kat kaw BBM. Itu kaw kata simple? And typing while texting best jugak kan? Barulah real. Ini tekan-tekan screen kaca kosong lepas tu keluar huruf macam tipu sangat.

Eksklusif.

Even my 5 years old daughter pakai Iphone – Datin Lina Ramaloo

Pengakuan ikhlas datin Lina pasal anak dia. Kawen Dato’, bolehlah kau bagi anak kau Iphone kan. Budak-budak kecik sekarang pun dah pakai Iphone, macam hilang rasa diva eksklusif tu. Lainlah masa mula-mula Iphone 2G keluar. Kau kira hebatlah, kaye giler pakai tu. Itu tahun 2007 lah masa zaman-zaman jenama NOKIA masih lagi jadi pilihan utama. Sekarang kau nak beli phone baru ada sebut lagi jenama NOKIA tu?

Ultimately..

Saya beli BB tu dengan harga RM500 je. Envy much. Pls dont. It’s not that easy to get discount over RM1000. Some sort of backmailing my company…then i get that 1K nak beli handphone tu :)

OK.Enuf crap. Kalau ada BB, sila add saya dalam BBM awak ye..My Pin : 2744F8EF

Inilah baby hitam baru

Interface Menu